Gunung Erciyes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Erciyes
Pemandangan jauh dari Gunung Erciyes, yang dilihat dari Göreme
Titik tertinggi
Ketinggian3,917 m (12,851 ka)
Tonjolan2,419 m (7,936 ka) [1]
Koordinat38°31′52″N 35°26′49″E / 38.531°N 35.447°E / 38.531; 35.447Koordinat: 38°31′52″N 35°26′49″E / 38.531°N 35.447°E / 38.531; 35.447[2]
Geografi
LokasiWilayah Kayseri, Turki
Geologi
Jenis gunungStratovolkano
Letusan terakhir6880 SM ± 40 tahun[2]

Gunung Erciyes (Turki: Erciyes Dağı), juga dikenali sebagai Argaeus, adalah sebuah gunung berapi di Turki. Erciyes merupakan stratovolkano besar yang dikelilingi oleh banyak bidang vulkanik monogenetik dan kubah lava, serta satu maar. Sebahagian besar gunung berapi ini terbentuk oleh aliran lava yang mengandung bahan andesit dan dasit. Pada suatu waktu di masa lalu, bahagian dari puncak gunung runtuh ke arah timur.

Gunung berapi ini mulai terbentuk pada zaman miosen. Pada awalnya, gunung berapi yang berada lebih jauh ke timur bernama Koç Dağ terbentuk dari aliran lava. Kemudian, di timur juga, letusan besar membentuk kaldera. Sewaktu zaman pleistosen, Gunung Erciyes berada di dalam kaldera bersama dengan sekelompok kubah lava. Letusan letupan Erciyes mungkin telah menghasilkan lapisan abu di Laut Hitam dan Laut Mediterranean selama zaman holosen awal.

Letusan terakhir gunung ini terjadi sewaktu zaman holosen awal dan mungkin telah memendapkan abu hingga ke Palestin; terjadinya sejarah vulkanisme Erciyes yang tidak dapat dipastikan dengan tepat. Letusan Erciyes di masa mendatang dapat membahayakan kota-kota di utara gunung tersebut. Gunung berapi ini tertutup oleh glasier sewaktu zaman pleistosen, dan satu glasier masih ada sehingga hari ini, akan tetapi sudah mulai menghilang.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Erciyes dahulu dikenal sebagai Argaeus, nama yang berasal dari raja Empayar Makedonia, Argaeus I (678 – 640 SM).[3] Sementara itu, gunung Argaeus yang berada di bulan dinamai dari nama lama gunung ini.[4]

Geologi dan geomorfologi[sunting | sunting sumber]

Erciyes terletak di Wilayah Kayseri, Turki.[5] Kota Kayseri terletak 15 kilometer (9.3 bt)[6]-25 kilometer (16 bt)[7] sebelah utara gunung berapi Erciyes. Kota-kota lain di kawasan ini adalah Talas dan Hacilar, juga berada di utara Erciyes tetapi lebih dekat dengan gunung berapi ini, masing-masing berjarak sekitar 19 kilometer (12 bt) dan 12 kilometer (7.5 bt). Kota Develi, juga terletak dekat dengan gunung ini, tepatnya berada di sebelah selatan gunung berapi.[8] Akses ke area puncak gunung cukup sulit.[9] Para pendaki di zaman dahulu melaporkan bahawa, pemandangan Laut Hitam dan Mediterania dapat dilihat dari puncak gunung.[10]

Iklim dan biologi[sunting | sunting sumber]

Iklim di daerah gunung ini dipengaruhi oleh topografi, hal ini disebabkan oleh Pergunungan Taurus dan Pergunungan Kackar menghalang masuk kelembapan ke Anatolia. Musim panas di sini menghasilkan keadaan yang kering dan panas sementara musim dingin cenderung lembap dan dingin; di Kayseri, suhu musim panas sekitar 19 °C (66 °F) dan suhu musim dinginnya sekitar 0 °C (32 °F). Hujan di Kayseri sebahagian besar terjadi di musim luruh, musim sejuk, dan musim bunga dengan kuantiti hujan mencapai 383 milimeter (15.1 in) per tahun.[3] Di Develi, sebelah selatan Erciyes, suhu maksimumnya sekitar 29.5 °C (85.1 °F) dan suhu minimumnya −5.6 °C (21.9 °F).[11] Perkiraan suhu pada ketinggian 2.700 m sekitar −0.4 °C (31.3 °F), dan kuantiti hujannya adalah 722 milimeter (28.4 in) per tahun.[12] Secara keseluruhan, gunung ini memiliki iklim kebenuaan.[13]

Empat sabuk vegetasi mengelilingi gunung ini, di antaranya adalah boreal, subalpine, alpine, dan subnival.[14] Hingga ketinggian 1.000 – 1.100 m, vegetasi stepa mendominasi. Lebih jauh lagi, di ketinggian antara 1.100 – 2.500 m, terdapat hutan-hutan yang berisikan Juniperus, Populus tremula dan Quercus yang belum diganggu oleh aktiviti manusia. Pada ketinggian yang lebih tinggi, terdapat padang rumput gunung.[15] Spesies yang ditemukan di sabuk vegetasi gunung ini sangat berbeza dari daerah yang sama di pegunungan Eropah Barat.[14]

Flora yang ada di Erciyes cukup pelbagai. Sejumlah spesies tumbuhan endemik telah dikenalpasti, termasuk di antaranya adalah Astragalus argaeus, Astragalus stenosemioides, Asyneuma trichostegium, Bellardiochloa argaea, Dianthus crinitus argaeus, Festuca cratericola, Festuca woronowii argaea, Hieracium argaeum, Onobrychis argaea, dan Vicia canescens argaea.[5] Tanaman Silene erciyesdaghensis ditemukan di Erciyes dan dinamai berdasarkan nama gunung di mana tanaman ini ditemukan.[16] Ahli geografi Strabo menjelaskan bahawa, pada zaman dahulu, gunung berapi ini berhutan.[10] Sejumlah spesies haiwan endemik dan relik juga dapat ditemukan di Erciyes,[17] serta kaya dengan flora lumut kerak.[18] Aktivitas penggembalaan, pemukiman, dan pelancongan di gunung ini telah mengubah tumbuh-tumbuhan semulajadi gunung itu.[19]

Ancaman dan interaksi manusia[sunting | sunting sumber]

Gunung Erciyes yang merupakan gunung berapi wujud kerana letusannya pada zaman dahulu, tepatnya sebelum pembentukan kubah lava. Letusan seperti ini membahayakan bandar-bandar Kayseri, Hacilar, dan Talas. Leburan ais yang tersisa di gunung berapi boleh menghasilkan lava bahaya; pada tahun 1985 letusan gunung berapi Nevado del Ruiz di Colombia mengakibatkan 20,000 kematian selepas aliran lumpur tersebut.Walaupun tanpa letusan, hujan yang kuat dapat membentuk aliran lumpur di lereng curam gunung berapi yang padat penduduknya.[20]

Kira-kira lima hotel ada di gunung, yang merupakan tapak sukan musim sejuk utama. Pada tahun 2010, 324,221 pelancong melawat gunung Erciyes dan wilayah Kayseri, kebanyakannya adalah dari pelancong domestik.[17]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.peaklist.org/WWlists/ultras/turkey.html
  2. ^ a b "Erciyes Dagi". Program Volkanisme Global, Institusi Smithsonian. http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=.
  3. ^ a b Sarıkaya, Zreda & Çiner 2009, m/s. 2328.
  4. ^ "Planetary Names: Mons, montes: Mons Argaeus on Moon". planetarynames.wr.usgs.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-01-26.
  5. ^ a b Vural, Cem (2008-09-01). "A new species of Dianthus (Caryophyllaceae) from Mount Erciyes, central Anatolia, Turkey". Botanical Journal of the Linnean Society (dalam bahasa Inggeris). 158 (1): 55–61. doi:10.1111/j.1095-8339.2008.00843.x. ISSN 1095-8339.
  6. ^ Kurkcuoglu dll. 2001, m/s. 510.
  7. ^ Dogan dll. 2011, m/s. 387.
  8. ^ Şen dll. 2003, m/s. 229,244.
  9. ^ Dogan dll. 2011, m/s. 388.
  10. ^ a b Strabo (1924) [23]. "7". Geographica, book 2 [Geography] (ed. 2). Dicapai pada 28 January 2017.
  11. ^ Halici, John & Aksoy 2005, m/s. 569,570.
  12. ^ Sarıkaya, Zreda & Çiner 2009, m/s. 2330.
  13. ^ Ünaldi 2007, m/s. 140.
  14. ^ a b Halici, John & Aksoy 2005, m/s. 577.
  15. ^ Ünaldi 2007, m/s. 141.
  16. ^ Aksoy, Ahmet; Hamzaoğlu, Ergin; Kiliç, Semra (2008-12-01). "A new species of Silene L. (Caryophyllaceae) from Turkey". Botanical Journal of the Linnean Society (dalam bahasa Inggeris). 158 (4): 731. doi:10.1111/j.1095-8339.2008.00922.x. ISSN 1095-8339.
  17. ^ a b Akbulut, Gülpınar (2014-01-01). "Volcano Tourism in Turkey". Dalam Erfurt-Cooper, Patricia (penyunting). Volcanic Tourist Destinations. Geoheritage, Geoparks and Geotourism. Springer Berlin Heidelberg. m/s. 96. doi:10.1007/978-3-642-16191-9_6. ISBN 9783642161902.
  18. ^ Halici, John & Aksoy 2005, m/s. 567.
  19. ^ Halici, John & Aksoy 2005, m/s. 568.
  20. ^ Şen dll. 2003, m/s. 244.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Gunung Erciyes di Wikimedia Commons