Gunung Irau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Irau
Titik tertinggi
Ketinggian 2,110 m (6,920 ka)
Koordinat 4°31′46″N, 101°21′57″E
Geografi
Lokasi Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur

Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Tanah Tinggi Cameron.

Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Irau di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]