Gunung Kopi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Gunung Kopi
Titik tertinggi
Ketinggian1,240 m (4,070 ka)
Geografi
Lokasijajahan Kuala Krai, Kelantan, Semenanjung Malaysia
Induk banjaranTitiwangsa

Gunung Kopi terdapat di Hutan Jelawang yang terletak di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. Ia memiliki ketinggian pada 1240 m.

Gunung Kopi (1,240m) merupakan salah satu daripada 10 puncak yang terletak di dalam Taman Negeri Gunung Stong. Gunung yang lain adalah Gunung Baha (1,450m), Gunung Ayam (1,500m), Gunung Saji (1,284m), Gunung Chik Tahir (1,430m), Gunung Nyelit (1,345m), Gunung Beirut (1,380m), Gunung Tera (1,555m), Gunung Noring Timur (1,861m) dan Gunung Stong.[1]

Di persekitaran gunung Kopi terdapat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk spesies yang tidak terdapat di mana-mana dan hanya ada di kawasan Hutan Jelawang sahaja. Antara yang menarik perhatian ialah sejenis buluh yang dikenali sebagai Futomuqlua Pubesen dan tumbuhan bernama Begonia.

Selain itu terdapat juga ratusan jenis orkid pula dapat dilihat di merata tempat kawasan pergunungan yang dilalui. Juga terdapat pelbagai jenis burung enggang seperti burung Enggang Badak dan serangga yang amat menarik.

Sementara itu terdapat formasi indah di dalam gua seperti straw, stalagtit, stalagmit, column, flowstone, scalouping, goupool, pillar dan skylight memberi pengalaman paling sukar ditemui oleh pendaki.

Gunung Kopi pernah menjadi lokasi pendakian bertujuan untuk berekreasi oleh Persatuan Kembara Negara (PKN) yang berjaya mendaki sembilan puncak yang semuanya berjaya dilengkapkan oleh 16 pendaki yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara dan Sukan Lasak Institut Kejuruteraan Tentera Darat yang berpangkalan di Port Dickson. “Ini merupakan pertama kali diadakan aktiviti pendakian ke semua sembilan puncak yang ada di Taman Negeri Gunung Stong. Kesemua sembilan puncak itu berjaya ditawan dalam tempoh lima hari dan merupakan satu rekod baru dicipta dalam aktiviti pendakian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]