Bukit Kutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Kutu)

Gunung Kutu juga dikenali sebagai Bukit Kutu, kedudukannya berada dalam daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang terletak berhampiran Kampung Pertak, Selangor, Malaysia. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill yang terletak pada ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter daripada aras laut. Dahulunya ketika zaman kolonial British puncak Bukit Kutu adalah stesen pemantauan tentera British. Namun ia terbengkalai setelah dibom oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli peretak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor. Bukit Kutu juga banyak menyimpan seribu satu khazanah alam semulajadi yang belum diterokai.

Selain kaya dengan kepelbagaian spesies flora dan fauna,terdapat juga beberapa kesan peninggalan sejarah semasa era pemerintahan British suatu ketika dahulu yang belum diketahui umum. Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran yang dilalui hanyalah merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing. Bukit kutu ini juga adalah merupakan tempat peranginan bangsawan-bangsawan British suatu ketika dahulu.

Peninggalan Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebuah dataran tinggal yang amat luas dan di sekitarnya kelihatan monumen lama kesan peninggalan British satu ketika dahulu. Antaranya ialah bekas cerobong asap,dua buah perigi lama yang salah satunya masih boleh digunakan dan masih terdapat sumber air didalamnya.Selain itu juga terdapat peninggalan banglo lama.Di bahagian puncak bukit itu pula terdapat sebongkah batu besar dan tinggi berhampiran kawasan perigi yang boleh melihat panorama sekitar Empangan Hulu Selangor, Pekan Kuala Kubu Bharu dan kawasan pergunungan berhampiran seperti Gunung Rajah dan Gunung Ulu Semangkuk.Kira-kira 50 meter dari puncak terdapat sebuah bekas lot bangunan lama tinggalan tentera British. Bagaimanapun, sebahagian binaannya telah rosak dan runtuh serta ditumbuhi semak-samun dan pohon rimba. Kini, yang masih kekal hanyalah bahagian tiang, lantai, rangka bangunan dan tangga.

Gunung Bubu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]