Gunung Qaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Gunung Qaf, atau Jabal Qaf, (Bahasa Arab: جبل قاف‎), adalah gunung lagenda yang popular dalam kisah-kisah mitologi Timur Tengah. Dalam tradisi Islam, Gunung Qaf dikatakan tempat tinggal jin dan dibuat daripada batu zamrud oleh Tuhan. Gunung Qaf dikatakan terletak jauh di hujung dunia dan mengelilingi dunia berdekatan dengan lautan.

Tradisi Arab Islam[sunting | sunting sumber]

Menurut catatan Hatim Tai, Gunung Qaf terdiri daripada batu zamrud hijau, peridot atau krsolit, yang pantulannya memberikan warna kehijauan di langit. Gunung ini dianggap sebagai rumah bagi bangsa Jin dan tempat di mana dunia ghaib bermula. Dalam kesusasteraan Arab, Qaf adalah gunung paling tinggi yang diciptakan oleh Allah untuk menyokong bumi dan merupakan asal gunung kepada semua gunung dunia lain, yang dihubungkan oleh rentang bawah tanah. Jaraknya dipisahkan dari dunia manusia oleh lautan yang mengelilingi dunia. Kota-kota zamrud Jabulqa dan Jabulsa, dikatakan terletak berdekatan dengan Gunung Qaf.

Buku Ajā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt ("Keajaiban Makhluk dan Keta'juban Penciptaan") yang ditulis pada abad ke-13 oleh Zakariya al-Qazwini merupakan sebuah buku terkenal kosmologi Islam yang ada menyebut tentang Gunung Qaf. Menurut kosmologi Qazwini, langit ditegakkan oleh Allah agar tidak jatuh di Bumi. Bumi dianggap rata dan dikelilingi oleh lingkaran gunung - termasuk Gunung Qaf - yang menahannya di tempatnya seperti pasak.

Menurut sesetengah penulis, Gunung Qaf adalah satu versi Islam untuk Rupes Nigra.