Gunung Rajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Rajah (Pahang))
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Rajah
Titik tertinggi
Ketinggian 576 m (1,890 ka)
Geografi
Lokasi Pahang, Semenanjung Malaysia

Gunung Rajah yang terletak di Bentong, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 576 meter.[1]

Gunung Rajah (Bentong) mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.pada tahun 2004,gunung ini mendapat tumpuan ramai kerana satu kumpulan pendakian yang mendaki gunung ini telah ditimpa petir,dua orang telah meninggal dunia,salah seorang daripadanya ialah dari Felda Mempaga, yang juga merupakan penuntut di KOLEJ IKIP.[2]


Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Rajah di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. [3]

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Bentong sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]