Gunung Raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Raya
GUNUNG RAYA PANORAMA.jpg
Gunung Raya
Titik tertinggi
Ketinggian 881 m (2,890 ft) Panorama Langkawi dari Gunung Raya
Koordinat 6°22′7.7802″N 99°49′5.5482″E / 6.368827833°N 99.818207833°E / 6.368827833; 99.818207833Koordinat: 6°22′7.7802″N 99°49′5.5482″E / 6.368827833°N 99.818207833°E / 6.368827833; 99.818207833
Geografi
Lokasi Langkawi, Kedah

Gunung Raya yang terletak di Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia mempunyai ketinggian 881 meter (2,890 kaki).[1][2]

Gunung Raya mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Legenda[sunting | sunting sumber]

Di antara Gunung Raya and Gunung Mat Chinchang, terdapat bukit yang memisahkannya dikenali sebagai Bukit Sawar.

Gunung Mat Chinchang

Menurut kisah legenda Langkawi, ketiga-tiga gunung ini diceritakan sebagai manusia yang bernama Mat Raya, Mat Cincang dan Mat Sawar. Diceritakan anak lelaki Mat Raya yang berminat untuk menikahi anak perempuan Mat Cincang. Namun niat itu telah menimbulkan rasa tidak senang hati kepada Mat Cincang kerana anak lelaki Mat Raya dikatakan tidak mempunyai perwatakan yang baik.

Walaupun Mat Cincang enggan menerima anak Mat Raya sebagai menantu, namun perkahwinan itu tetap diadakan. Namun begitu, pergaduhan telah berlaku semasa kenduri kahwin anak mereka.

Semasa pergaduhan berlaku, keganasan semua orang telah mengakibatkan periuk belanga dan pinggan beterbangan. Sehinggakan periuk belanga besar yang penuh dengan kuah telah pecah dan kuah lauk habis tumpah di atas tanah. Tempat yang ditumpahi kuah lauk itu dikenali sebagai Kuah dan tempat periuk belanga pecah itu dikenali sebagai Belanga Pecah. Sekawah air panas turut tumpah ke tanah dan tempat itu dikenali sebagai Air Panas.

Pergaduhan dua keluarga itu berterusan sehingga ditenangkan oleh Mat Sawar. Kedua-dua pihak berbaik semula dan memilih untuk menukarkan diri mereka termasuk Mat Sawar ke dalam bentuk sekarang.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) http://www.backpackingmalaysia.com/things-to-do/gunung-raya/langkawi
  2. ^ (Inggeris) UN SYSTEM-WIDE EARTHWATCH Web Site, Malaysia Islands Directory.
  3. ^ "Legends of Langkawi: Gunung Raya and Gunung Mat Cincang". Langkawi Insights (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Jun 2017. Dicapai pada 17 Mac 2017.