Gunung Santubong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Gunung Santubong yang terletak di Sarawak, Malaysia merupakan sebuah daripada gunung legenda yang terkenal di Sarawak. Ia terletak 35 km di utara Bandar Kuching. Setinggi sekitar 810 meter, gunung ini terletak di sebuah semenanjung kecil yang dinamakan semenanjung Buntal yang popular kerana aktiviti-aktiviti pelancongannya.

Mengikut sejarahnya, pada abad ke-14 Masihi pusat komersial pentadbiran negeri Sarawak ialah Santubong di mana kuala Santubong menjadi pusat kunjungan para saudagar dari Timur dan Barat untuk berniaga. Penemuan pelbagai artifak di kawasan sekitarnya menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat kesan langsung perdagangan di Santubong kepada penyebaran Islam dan Hindu di Sarawak.