Gunung Shoid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Shoid
Titik tertinggi
Ketinggian1,947 m (6,388 ka)
Geografi
LokasiJajahan Gua Musang, Kelantan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Shoid yang terletak di Gua Musang, barat daya Kelantan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,947 meter (6,387 kaki).[1]

Gunung Shoid mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Pendakian merintis laluan ke puncak Gunung Shoid bermula dari puncak Gunung Chamah di ketinggian 2,171 dpl.

Gunung Chamah di sempadan negeri Kelantan dan Perak merupakan salah satu puncak gunung yang berketinggian melebihi 7,000 kaki (2,134 meter) dan berada dalam kelompok gunung-gunung G7, iaitu tujuh gunung berketinggian lebih daripada 2,100 m dari aras laut.

Gunung Shoid terletak berhampiran dengan Gunung Bilah, Gunung Chamah, Gunung Ulu Sepat, Gunung Gerah, dan Gunung Bieh.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "KeReX rintis trek ke puncak Gunung Shoid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-09. Dicapai pada 2017-08-09.
  2. ^ Tawan 6 puncak gunung dalam 9 hari - Berita Harian

Pautan luar[sunting | sunting sumber]