Gunung Siku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Siku
Titik tertinggi
Ketinggian1,916 m (6,286 ka)
Geografi
LokasiDaerah Cameron Highlands, Pahang
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Siku yang terletak di Tanah Tinggi Cameron, Pahang, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,284 kaki).[1]

Gunung Siku mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Siku di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mendaki sembilan puncak gunung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-23. Dicapai pada 2017-08-23.
  2. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]