Gunung Sinabung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Sinabung
Sinabung.jpg
Sinabung pada 1987
Ketinggian 2,460 m (8,070 ka)[1]
Senarai Ribu
Lokasi
Lokasi Sumatera,  Indonesia
Koordinat 3°10′12″N 98°23′31″W / 3.17°U 98.392°B / 3.17; -98.392Koordinat: 3°10′12″N 98°23′31″W / 3.17°U 98.392°B / 3.17; -98.392
Geologi
Jenis Stratovolkano
Umur batu Pleistosen
Letusan terakhir 29 Ogos 2010

Gunung Sinabung ialah sebuah gunung stratovolkano yang terdapat di Kabupaten Karo, pulau Sumatera, Indonesia. Gunung Sinabung mempunyai ketinggian 2,451 meter. Gunung Sinabung mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Geologi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan gunung berapi di Indonesia berpunca di Lingkaran Sunda, dicipta oleh subduksi Plat India di bawah Plat Indo-Australia. :Lingkaran ini bersempadan pada utara-timur-laut Kepulauan Andaman, satu rantaian gunung berapi basalt, dan di timur oleh Lingkaran Banda, juga dicipta oleh subduksi.[2]

Sinabung merupakan satu stratovolkano andesitik-dasitik yang panjang dengan sejumlah empat kawah gunung berapi, hanya satu sahaja yang aktif.[3]

Letusan 2010[sunting | sunting sumber]

Gunung berapi ini telah lama tidak aktif dengan letusan terakhir berlaku pada 1600.[4] Namun pada awal pagi 29 Ogos 2010, gunung ini meluahkan abu ke atmosfera sehingga 1.5 kilometer (0.93 bt) tinggi dan lava dilihat melimpahi kawah.

Pihak berkuasa Indonesia dilaporkan telah memindahkan "sekurang-kurangnya 18,000 orang" daripada kawasan sekitar gunung. Walaupun dilaporkan aktiviti gunung berapi ini makin lemah, ketua pusat vulkanologi Indonesia menyatakan tahap amaran gunung berapi itu akan kekal berada di tahap tertinggi atas sebab para ahli sains tidak memiliki data tentang pola letusan gunung tersebut.

Kawasan penempatan terdekat ialah Kabanjahe dan Berastagi; setakat ini tiada gangguan dialaporkan terhadap perkhidmatan udara di lapangan terbang kawasan itu, di Polonia, Medan.[5]

Hanya seorang diketahui maut setakat ini, akibat masalah pernafasan semasa berpindah dari rumahnya.[6]

Letusan 2013[sunting | sunting sumber]

Pada 15 September 2013, Gunung berapi Sinabung meletus dan menyemburkan abu volkanik dan batu-batu kecil ke beberapa perkampungan di sekitarnya dan memaksa ribuan penduduk berpindah ke kawasan selamat.Pihak berkuasa meningkatkan status amaran Gunung Sinabung kepada Siaga (Peringkat III).

Letusan pada pukul 2.51 pagi itu turut mengganggu beberapa aktiviti penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, [[Deli Sedang, Sumatera Utara, kerana debu volkanik kerana jarak penglihatan menurun.

Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Badan Geologi Indonesia meningkatkan status amaran Gunung Sinabung daripada Waspada (peringkat II) menjadi Siaga (Peringkat III) dan menyarankan supaya tidak ada sebarang aktiviti dalam kawasan radius 3km dari kawah. Semua penduduk di Desa Sukameriah dalam radius 3km digesa untuk dipindahkan. Begitu juga penduduk di daerah kecil Payung, dan Desa Kutarayat, Kutagugung, Simacem dan Bekerah, Namanteran berpindah sendiri ketika mereka mendengar gemuruh dan letusan Gunung Sinabung. Mereka ditempatkan di bangunan sekitar pejabat Pegawai Daerah Karo.[7] © Utusan Melayu (M) Bhd

Letusan 2015[sunting | sunting sumber]

Gunung Sinabung meletup lagi pada 4 Jun 2015 .Lebih 2,000 penduduk di daerah Karo ,Sumatera Utara terpaksa dipindahkan ke pusat perpindahan di wilayah Kabanjahe. MetroTv News melaporkan penduduk beberapa kampung di kawasan itu dipindahkan sejauh 7 kilometer dari kawasan gunung itu. Jurucakap Unit Geogologi mengeluarkan amaran tahap empat iaitu tahap awas setelah gunung berapi itu mula mengeluarkan asap panas sejak dua hari sebelumnya. Sejak September 2013, Gunung Sinabung setinggi 2,460 meter dari permukaan laut itu mula aktif dan statusnya sentiasa tidak stabil dan mempunyai gejala untuk meletus pada bila-bila masa. Ketua Pusat Data Informasi dan Humas Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho menyatakan bahawa aktiviti vulkanik gunung itu semakin meningkat dan memantau perkembangannya .[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]