Gunung Suku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Suku
Titik tertinggi
Ketinggian1,798 m (5,899 ka)
Geografi
LokasiDaerah Kinta, Perak
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Suku merupakan sebuah gunung di negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia dan mempunyai ketinggian (5,894 kaki). Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Pada 19 Februari 2014, seorang pendaki mati ketika mendaki Gunung Suku, sekitar 35 kilometer dari Simpang Pulai, Perak.[1]

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Suku di negeri Pahang sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Keselamatan mendaki gunung
  2. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]