Gunung Telapak Buruk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gunung Telapa Buruk)
Jump to navigation Jump to search
Gunung Telapak Buruk
Titik tertinggi
Ketinggian 1,193 m (3,914 ft)
Geografi
Lokasi Kampung Ulu Klawang, Mukim Lenggeng, Jelebu, Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia

Gunung Telapak Buruk atau juga dikenali sebagai gunung Telapa Buruk atau Tepalak Buruk, terletak berhampiran dengan Kampung Ulu Klawang, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia, mempunyai ketinggian setinggi 1,193 meter (3,913 kaki) dari aras laut. [1]

Gunung ini terletak pada latitud U2°50'28" dan longitud T102°04'14"

Di atas gunung ini terdapat menara pemancar telekomunikasi milik Celcom. Pemancar TV dan radio di Gunung Telapa Burok meliputi kawasan Seremban, Jelebu, Rembau Utara, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson di Negeri Sembilan, sebahagian kawasan Pahang Barat seperti Teriang, sebahagian Selangor Selatan.

Gunung Telapak Buruk menjadi tumpuan pendaki gunung untuk mendaki di Negeri Sembilan kerana ia merupakan gunung tertinggi di negeri itu.[2]

Bangkai pesawat[sunting | sunting sumber]

Sebuah bangkai pesawat pengebom B-24 dilaporkan dijumpai di gunung tersebut. pesawat pengebom RAF B-24 Liberator (KL654R) yang membawa lapan kru berlepas dari Cocos Island, Australia dalam satu misi ‘resupply’ pasukan Force 136. Namun pesawat itu dilaporkan tidak tiba di lokasi yang telah ditetapkan dan seminggu kemudian, pesawat itu dilaporkan terhempas pada 23 Ogos 1945 ketika Perang Dunia Kedua.

Sebahagian bangkai pesawat malang itu ditemui pada 1996 di Negeri sembilan sebelum ‘pencarian rasmi’ dilakukan pada 22 Disember 2006. Tiga tahun kemudian, ekskavasi yang dilakukan pada 29 Ogos 2009 menemui 80 cebisan tulang kru pesawat tersebut. Kesemua cebisan tulang itu telah diserahkan kepada Penasihat Pertahanan Tentera British, Kapten Kenneth Taylor dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga kru terlibat.[3]

Gunung Telapa Buruk mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

[Peta Gunung Telapa Buruk]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]