Gunung Wakid
Gunung Wakid | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 1,500 m (4,900 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Sabah, Malaysia |
Gunung Wakid adalah gunung yang kedua tertinggi di kawasan daerah Tambunan, selepas Gunung Alab (1,500 meter).[1] Gunung ini terletak di Kampung Sunsuron dan mempunyai ketinggian 1,372 meter dan dikelilingi hutan tebal yang menghijau. Di atasnya ada sebuah tiang salib yang didirikan beberapa dekad yang lalu.
Gunung Wakid terletak berhampiran Kampung Sunsuron. Hutan sekelilingnya telah dikekalkan bagi melindungi gunung ini sebagai kawasan tadahan air dan sumber hasil hutan, yang penting bagi penduduk sekitar.
Namanya[sunting | sunting sumber]
Merurut penduduk tempatan pada masa dahulu seorang nenek ("Odu-Odu") mendaki gunung Wakid untuk mencari hasil hutan. Apabila dia hilang, seluruh penduduk kampung pergi mencari, tetapi hanya menjumpai bakul buluhnya ("wakid") (bakul buluh yang digunakan penduduk tempatan bagi mengumpul buah dan sayuran). Begitulah gunung Wakid mendapat namanya.[2]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Environment détente: quo vadis ecological economics and sustainability science : 6-7 May 2003, Awana Kijal Golf and Country Resort, Kemaman, Terengganu
Salihin Wong Abdullah (Wan.), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, 2003 - Business & Economics - 569 pages - ^ (Inggeris) Climbing Mount Wakid (Gunung Wakid) Diarkibkan 2017-08-13 di Wayback Machine