Gurdwara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bangunan Gurdwara Sahib yang terletak di Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bendera khusus untuk bangunan ini kelihatan di sebelah kanan gambar.

Gurdwara [gur-dwa-ra] (daripada bahasa Punjabi gur ਗੁਰ - "guru, dan dwārā ਦੁਆਰਾ - "pintu gerbang")[1] ialah tempat ibadah khusus untuk penganut agama Sikh.

Tempat ibadah ini terbuka untuk semua jantina, umur atau anutan yang ingin mengetahui agama Sikh secara lebih lanjut dan mendalam. Ia boleh dikenalpasti secara jelas dengan adanya suatu bendera khusus yang berkibaran di pekarangan bangunan tersebut.

Ciri binaan[sunting | sunting sumber]

Gurdwara tidak mengikuti sebarang ciri binaan yang khusus selagi ia memenuhi beberapa keperluan utama:

  • suatu khemah dipasang di atas kitab Granth Sahib di suatu tapak atau tingkat lebih tinggi daripada tempat duduk jemaah,
  • sebuah tiang bendera untuk mengibarkan bendera khas.

Namun, seni bina yang diilhamkan Harmandir Sahib, tempat ibadat paling utama dan suci berasaskan unsur Mughal dan Sikh sering menjadi kebiasaan dalam pembinaan gurdwara baharu sejak abad ke-21.

Pekarangan[sunting | sunting sumber]

Bangunan ini dikelilingi empat pintu utama yang didirikan dari empat arah - utara, selatan, timur dan barat - sebagai perlambangan kepada kesediaan menerima tetamu dari semua empat penjuru pelusuk Bumi.[2]

Dalam bangunan[sunting | sunting sumber]

Titik tumpuan utama ia ialah sebuah dewan yang menempatkan kitab suci orang Sikh iaitu Guru Grantha Sahib. Ia juga tidak mempunyai sebarang patung berhala ataupun gambar yang menggambarkan tokoh utama agama Sikh,

Ia mempunyai suatu dapur besar dipanggil langar di mana para pekerja atau relawan bekerja memasak makanan vegetarian (agar memudahkan tetamu penganut semua agama) untuk dijamu kepada mereka yang berkunjung ke tempat ini.[1][2] Kemudahan lain seperti pusat kesihatan, perpustakaan dan bilik darjah serta juga toko kedai turut boleh didapati di sekitar dalaman gurdwara.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b ""Historical Gurdwaras"". Amritsar, Punjab India: Shiromani Gurdwara Parbandhak Committee. 2005. Diarkibkan daripada asal pada 11 Jun 2010. 
  2. ^ a b "The Gurdwara". BBC. Dicapai 18 Mac 2013. 
  3. ^ "Gurdwara Requirements". WorldGurudwaras.com. Diarkibkan daripada asal pada 4 Oktober 2013. Dicapai 18 Mac 2013.