Gyeonghuigung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Istana Gyeonghui
경희궁
Gyeonghui palace 2010.jpg
Maklumat umum
Gaya seni binaKorea
Bandar atau pekanSeoul
NegaraKorea Selatan
Koordinat37°34′17.20″N 126°58′05.30″E / 37.5714444°N 126.9681389°E / 37.5714444; 126.9681389Koordinat: 37°34′17.20″N 126°58′05.30″E / 37.5714444°N 126.9681389°E / 37.5714444; 126.9681389
Penyewa semasaMuzium Sejarah Seoul
Bahagian seni Muzium Seoul
Pembinaan bermulaabad ke-17
1990-an (sebahagian dibina semula)
Nama Korea
Hangul
Hanja
Perumian SemakanGyeonghuigung
McCune–ReischauerKyŏnghŭigung
Pemulihan Gyeonghuigung dan pemandangan sekitarnya.

Istana Gyeonghui (dalam bahasa Korea: Gyeonghuigung, secara harfiah Istana Harmoni Tenang) ialah sebuah istana yang terletak di Seoul, Korea Selatan. Ia salah satu daripada "Lima Istana Besar" yang dibina oleh Dinasti Joseon.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan bermula pada tahun 1600-an semasa pemerintahan Raja Gwanghaegun. Dalam zaman Joseon yang terakhir, Gyeonghuigung berkhidmat sebagai istana sekunder untuk raja, dan disebabkan ia terletak di sebelah barat Seoul, ia juga dikenali sebagai Seogwol (sebuah istana di barat). Istana sekunder biasanya ialah istana untuk Raja berpindah ke semasa kecemasan.

Dari Raja Injo ke Raja Cheoljong, sekitar sepuluh raja dinasti Joseon tinggal di Gyeonghuigung ini. Istana ini dibina dengan menggunakan geografi condong gunung sekitarnya, mempunyai keindahan tradisional dalam seni bina dan banyak kepentingan sejarah. Untuk sementara waktu, ia mempunyai saiz yang agak besar, bahkan sampai ke tahap mempunyai jambatan yang melengkung yang menghubungkannya ke istana Deoksugung. Untuk menghadap raja, terdapat bangunan Sungjeongjeon dan Jajeongjeon, dan untuk beradu pula, terdapat bangunan Yungbokjeon dan Hoesangjeon.

Kebanyakan Gyeonghuigung musnah dalam dua kebakaran yang berlaku pada abad ke-19, semasa pemerintahan Raja Sunjo dan Raja Gojong.[2] Jepun membongkar apa yang tersisa dari istana ini semasa pendudukan mereka di semenanjung Korea, dan sebuah sekolah untuk warga Jepun dibina di tapak ini. Dua struktur utama bekas istana - balai takhta Sungjeongjeon dan gerbang Heunghwamun - telah dibongkar dan berpindah ke bahagian lain di Seoul. Pembinaan semula bermula pada tahun 1990-an sebagai sebahagian daripada inisiatif pemerintah Korea Selatan untuk membina semula " Lima Istana Besar" yang banyak dimusnahkan oleh orang Jepun. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pertumbuhan bandar dan berdekad-dekad pengabaian, kerajaan hanya dapat membina semula sekitar 33% dari bekas Istana.[3]

Penggunaan sekarang[sunting | sunting sumber]

Ia adalah Tapak Bersejarah No. 271.

Di perkarangan istana hari ini, terdapat Muzium Sejarah Seoul dan bangunan muzium seni Seoul . Ia juga menempatkan Transformer Prada pada tahun 2009.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The 5 Palaces of Seoul". Chosun Ilbo. 24 January 2012. Dicapai pada 23 April 2012.
  2. ^ "Gyeonghuigung Palace". Cultural Heritage Administration of Korea. Dicapai pada 11 September 2015.
  3. ^ http://parks.seoul.go.kr/park/common/park_info/park_info_detail.jsp?p_idx=45&p_cate=4[pautan putus]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]