H&D

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
H&D
H&D pada bulan Februari 2020 (Kiri ke kanan: Dohyon dan Hangyul)
Latar belakang
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2020 (2020)
Syarikat rakaman
Pocketdol Studio
Pengkarya berkait
Bekas ahli
  • Hangyul
  • Dohyon

H&D (Hangul한결,도현), adalah kumpulan duo Korea Selatan yang ditubuhkan oleh Pocketdol Studio pada tahun 2020. Duo ini debut pada 21 April 2020, dengan album mini pertama Soulmate.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut[sunting | sunting sumber]

Sebelum debut sebagai duo, kedua-dua ahli telah mengambil bahagian sebagai peserta dalam beberapa pertunjukan. Hangyul sebelum ini melakukan debut sebagai ahli kumpulan Yama dan ahli kumpulan balada Hotchicks Entertainment IM[2] dan pada tahun 2017 dan 2018, bertanding dalam rancangan The Unit bersama ahlinya.[3] Kumpulan itu dianggap bubar kerana mereka tidak aktif sejak itu. Dohyon sebelumnya pernah bertanding dalam rancangan Under Nineteen pada tahun 2018 dan 2019.[4]

Kemudian pada tahun 2019, kedua-keduanya Hangyul dan Dohyon bertanding dalam Produce X 101, mewakili MBK Entertainment bersama rakan pelatih MBK Kim Yeongsang. Pada episod terakhir rancangan, Hangyul berada di tempat ke-7 manakala Dohyon berada di tempat ke-8 menjadikan mereka sebahagian daripada barisan untuk debut sebagai ahli kumpulan X1.[5] Mereka menpromosikan bersama kumpulan tersebut sehingga kumpulan itu dibubarkan pada 6 Januari 2020.[6]

Selepas pembubaran X1, kedua-duanya mengadakan pertemuan peminat bertajuk "Happy Day" pada 2 Februari 2020.[7]

2020: Debut dengan Soulmate dan Umbrella[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2020, duo ini debut dengan album mini pertama mereka Soulmate dengan dua trek utama, "Soul" dan "Goodnight", yang kedua-duanya mereka menpesembahkan selama tempoh promosi mereka.[8]

Pada 2 September, diumumkan bahawa mereka berdua akan membuat comeback pada 23 September dengan album istimewa Umbrella, termasuk single utama dengan nama yang sama. Album ini termasuk dengan lagu yang dicipta Dohyon.[9] Album ini adalah album terakhir mereka sebelum kedua-duanya berhenti bekerja kerana keduanya Hangyul dan Dohyon bersedia untuk debut dalam kumpulan lelaki baharu Pocketdol Studio BAE173.[10][11]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Lee Han-gyul (이한결)
  • Nam Do-hyon (남도현)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[12]
Soulmate 3

Album istimewa[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[14]
Umbrella
  • Dikeluarkan: 23 September 2020
  • Label: Pocketdol Studio
  • Format: CD, muat turun digital
12

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
KOR
[16]
"Toward Tomorrow" (오늘보다 더 나은 내일) 2020 Soulmate
"Soul"
"Good Night"
"Umbrella" (우산) Umbrella

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Tahun Kategori Penama Keputusan Ref.
Golden Disc Awards 2021 Rookie Artist of the Year H&D Tercalon [17]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "이한결X남도현(H&D), 쇼콘서트 성황리 마무리 '폭발적 반응'". Star Today (dalam bahasa Korea). 22 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-27. Dicapai pada 2020-05-14.
  2. ^ "IM-SAD STORY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-22. Dicapai pada 2020-07-27.
  3. ^ "Lee Hangyul on The Unit".
  4. ^ "Nam Dohyon Under Nineteen Profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-20. Dicapai pada 2020-07-27.
  5. ^ "X1 SWING PROFILE". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-17. Dicapai pada 2020-07-27.
  6. ^ "X1 Disbandment". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-03. Dicapai pada 2020-07-27.
  7. ^ "Lee Hangyul and Nam Dohyon Happy Day Fan Meeting Announcement".
  8. ^ "H&D Debut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-27. Dicapai pada 2020-05-14.
  9. ^ "H&D Surprise Comeback". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-10. Dicapai pada 2020-09-03.
  10. ^ "Pocketdol Studio's New Boy Group".
  11. ^ "Nam Dohyon First Member of New Pocketdol Studio Boy Group/ H&D Last Comeback".
  12. ^ "Gaon Album Chart". Gaon Music Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada 2020-05-14.
  13. ^ "2020년 06월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea).
  14. ^ "Gaon Album Chart". Gaon Music Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-08-27. Dicapai pada 2020-05-14.
  15. ^ "2020년 10월 Album Chart". Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 2020-11-27.
  16. ^ "Gaon Digital Chart" (dalam bahasa Korea). Gaon Music Chart. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-09. Dicapai pada 2020-05-14.
  17. ^ "Golden Disc Awards Nominees". Golden Disc. JTBC Plus. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2020. Dicapai pada December 10, 2020.