Hans Bague Jassin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari H.B. Jassin)
H.B. Jassin
Kelahiran
Hans Bague Jassin

13 Julai 1917
Meninggal dunia11 Mac 2000(2000-03-11) (umur 82)
Warganegara Indonesia
PekerjaanPengarang, penyunting, pengkritik sastera

Hans Bague Jassin [hans ba-gu ya-sin] (31 Julai 1917 – 11 Mac 2000) atau lebih dikenali dengan panggilan H. B. Jassin ialah seorang pengkritik sastera, pengumpul dokumen, dan profesor Indonesia. Beliau dilahirkan di bandar Gorontalo, Sulawesi, Indonesia, anak sebuah keluarga yang mencintai buku. Jassin mula membaca semasa masih di sekolah.

Beliau pernah mengetuai majalah Sastra. Horison, sebuah majalah sastera, diasaskan pada bulan Julai 1966 oleh Jassin dan Mochtar Lubis sebagai pengganti Sastra, dan disunting oleh Taufiq Ismail, Ds. Muljanto, Zaini, Su Hok Djin, dan Goenawan Mohamad. Pada tahun 1971, Jassin dipenjarakan selama setahun dan dikenakan tempoh pengawasan selama dua tahun semasa bertugas sebagai penyunting sastera kerana beliau enggan memberi nama penulis sebenar yang menulis cerita yang dianggap kufur oleh mahkamah.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

H.B. Jassin belajar di HIS Balikpapan. Kemudian, beliau mengikuti ayahnya berpindah ke Pangkalan Brandan, Sumatera Utara lalu beliau belajar pula di sana. Beliau sempat belajar di Universiti Indonesia dan kemudian Yale University. Sekembali ke Indonesia, beliau berkhidmat sebagai seorang guru.

Beliau pernah bekerja sebagai pembantu di pejabat Residen Gorontalo selama beberapa lama. Kemudian, Sutan Takdir Alisyahbana menjemputnya bekerja di Balai Pustaka (1940). H.B. Jassin menjadi sidang redaksi dan pengkritik sastra di pelbagai majalah budaya dan sastera di Indonesia. Antara majalah tersebut ialah Pandji Poestaka, Mimbar Indonesia, Zenith, Sastra, Bahasa dan Budaya, Horison, dan lain-lain.

Kritikan sastera[sunting | sunting sumber]

Kritikan sastera hasil tulisan beliau bersifat edukatif dan apresiatif. Gaya tulisannya lebih mementingkan kepekaan dan perasaan daripada teori ilmiah sastera. Beliau digelar "Pendita Sastra Indonesia". Sekitar 1970-an, daya sastera beliau bersifat konvensional berbanding gaya eksperimental ketika itu.

Pada tahun 1956, HB Jassin membela Chairil Anwar yang dituduh memplagiat menerusi buku "Chairil Anwar Penyair Angkatan 45". Dia juga turut menandatangani Manifesto Kebudayaan tahun 1963, tindakan ini dianggap sebagai anti-Soekarno oleh kalangan Lekra sehingga Hans dipecat daripada Lembaga Bahasa Departemen P & K dan staf pengajar UI. Cerpen "Langit Makin Mendung" karya Ki Panji Kusmin dalam Majalah Sastra tahun 1971 ditafsir sebagai "menghina Tuhan". Akhirnya H.B. Jassin dilarang kritikan berbau sastera selama satu tahun.

Pusat Dokumentasi Sastera HB Jassin[sunting | sunting sumber]

H.B. Jassin amat tekun mendokumentasikan perkembangan sastera Indonesia sejak 1932. Dalam sebuah wawancaranya, ia berhasrat menjadikan koleksi sastranya sebuah museum sastra Indonesia terlengkap.[1] Semua kritikan dan hasil tulisan beliau tersimpan di Pusat Dokumentasi Sastra H.B. Jassin di Taman Ismail Marzuki, Jakarta mulai 28 Jun 1976. Pusat Dokumentasi ini hanya mendapat peruntukan 50 juta Rupiah (RM17, 400) setahun daripada kerajaan Indonesia. Pusat ini menyimpan 20,000 naskhah buku fiksyen, 12,000 naskhah buku bukan fiksyen selain 600 buku rujukan, 800 naskhah drama, 16,000 keratan kesusasteraan dan koleksi-koleksi berharga lain seperti rakaman suara, naskhah-naskhah tulisan tangan serta surat-surat peribadi.

Antara yang menarik di dalamnya ialah koleksi buku Prof. Dr Damais, koleksi Haji Agus Salim, koleksi Mochtar Lubis yang terdiri daripada akhbar Indonesia Raya yang dijilid dari tahun 1968 hingga 1974, koleksi Wiratmo Soekito dalam bentuk naskhah keratan akhbar dan majalah dan koleksi Dr Boen Soemarjati. Begitu juga tulisan tangan sasterawan WS Rendra ketika menulis konsep puisinya, tulisan tangan Chairil Anwar, Sutan Takdir Alisyahbana, Sitor Situmorang, naskhah novel Ziarah milik Iwan Simatupang dan lain-lain.[3]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

H.B. Jassin meninggal dunia pada hari Sabtu, 11 Mac 2000 di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo dalam usia 83 tahun. Dia meninggalkan empat anaknya iaitu Hannibal Jassin, Mastinah Jassin, Julius Firdaus Jassin, Helena Magdalena Jassin, 10 orang cucu dan 1 orang cicit. Jenazahnya dimakamkan di Taman Makam Pahlawan Nasional Kalibata, Jakarta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Teeuw, A. (1967). Modern Indonesian literature. The Hague: Martinus Nijhoff. m/s. 253–254. OCLC 462738753.
  2. ^ "HB Jassin dies of stroke". The Jakarta Post. Jakarta. 12 March 2000. Dicapai pada 23 November 2011. Cite has empty unknown parameter: |trans_title= (bantuan)
  3. ^ Koleksi sastera di ambang kehancuran?