H. M. Busra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
H. M. Busra
Kelahiran
Mohamad Busra bin Hashim

(1932-08-16)16 Ogos 1932
Meninggal dunia7 April 1981(1981-04-07) (umur 48)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianAsma
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1953–1981
MajikanMalay Film Productions
PasanganSalmah Yusof
Anak-anak5

Mohamad Busra Hashim (16 Ogos 1932 – 7 April 1981)[1] ialah seorang pelakon filem hitam-putih Melayu. Beliau terkenal kerana saiz fizikalnya yang montel. Dari segi perwatakan dia sebenarnya seorang yang serius tapi disebabkan tubuhnya gempal banyak pengarah memberinya watak komedi, malah sering digandingkan bersama Ibrahim Pendek.[2][3]

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 16 Ogos 1932 di Semenyih, Selangor, Busra dikenali ramai kerana lakonannya dianggap berkesan biarpun dalam satu atau dua babak sahaja, seperti mana watak lelaki mabuk pemain muzik dalam filem Seniman Bujang Lapok. Sepanjang hayatnya, beliau berlakon lebih 40 filem, antaranya Takdir, Panji Semerang, Pileh Menantu dan Anak-ku Sazali. Filem terakhirnya ialah Langit Tidak Selalu Cerah. Berkebolehan bermain biola dan trumpet, ia ditunjukkan dalam Seniman Bujang Lapok untuk babak dia meniup trumpet sehingga mengganggu jiran sebelah, termasuk watak Ramli, Sudin dan Ajis yang sibuk menghafal skrip menyebabkan Busra dibelasah tiga bujang lapok itu.

Selepas Studio Jalan Ampas ditutup pada sekitar November 1967, Busra telah pulang ke Malaysia sebagaimana kebanyakan seniman-seniman lain yang berasal dari Malaysia, termasuk juga P. Ramlee yang telah kembali lebih awal pada 1964. Dari Singapura, Busra kembali ke kampung halaman beliau di Semenyih dan di situlah beliau memulakan perusahaan membuat kicap, menternak ayam serta membuka tapak semaian.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada malam selasa, 7 April 1981, ketika berlangsungnya Pesta Filem Malaysia ke-2, HM Busra telah meninggalkan majlis berkenaan lebih awal. Sebelumnya, beliau telah memberitahu hasrat untuk pulang lebih awal kerana penat kepada Seniman S. Sudarmaji yang kebetulan duduk disebelah beliau pada malam itu. Menurut Sudarmaji, sewaktu dalam perjalanan pulang dari Stadium Negara, di mana Pesta Filem Malaysia ke-2 diadakan, beliau ternampak kereta milik HM Busra berhenti di pinggir Jalan Yoke Yew, lalu beliau memberhentikan kereta dan merapati kereta berkenaan. Sudarmaji kemudiannya mendapati Busra ada didalam kenderaan tersebut, namun beliau kelihatan tidak bermaya sambil mengadu sesak nafas, lantas Sudarmaji bergegas untuk mendapatkan ambulan. Sekembalinya beliau ke kereta Busra, didapati seniman tersebut telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir, iaitu kira-kira antara jam 11.00 malam hingga 11.30 malam. Pada ketika itu Allahyarham Busra yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia akibat menghidap penyakit asma yang teruk.[4]

Lebih menyayat hati ialah, sebaik sahaja berita kematian Allahyarham disampaikan kepada ahli keluarganya di Semenyih, kakak Allahyarham, Shamsiah Sarmin yang berusia 60 tahun tiba-tiba rebah dan meninggal dunia, dipercayai akibat terlalu sedih dan terkejut dengan berita kematian adiknya.[5] Jenazah kedua-dua beradik ini disemadikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Islam Semenyih. Allahyarham HM Busra meninggalkan seorang balu, Salmah Yusof dan lima orang anak, Rosilawati, Mohd Suhaimi, Rosmilah, Mohd Afendi dan Rosailah.[6][7]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Sepanjang hayatnya dia berlakon lebih 30 filem,[8] antaranya:-

Tahun Tajuk Watak Catatan
1953 Ayer Mata Filem pertama
1956 Hang Tuah Pelakon tambahan
Anak-ku Sazali
Ribut
1957 Belantara
Hantu Jerangkung Buntal
Putera Bertopeng Pengikut Tengku Ali
1958 Hantu Kubor Buntal
Doktor Pembantu Tok Pawang
1959 Musang Berjanggut Pengawal Istana 2
Nujum Pa' Belalang Buntal
1960 Isi Neraka Kundur
1961 Ali Baba Bujang Lapok Doktor Penyamun
Seniman Bujang Lapok Jiran Trumpet Penampilan khas
Panji Semerang Pengikut Raden Inu
Indera Bangsawan Putera Asyikin Tahyol
Si Tanggang Utusan Raja Donan
1962 Siti Muslihat Pembesar istana
Neracha
1963 Pilih Menantu Encik Busra
Kasih Tanpa Sayang Pelanggan Beca
1964 Siapa Besar Jiran 3
Tiga Abdul Penjual Hamba
Dupa Cendana
Melanchong Ka Tokyo
1965 Taqdir Mohd Yusuf
Bidasari Selamat
1981 Langit Tidak Selalu Cerah Abang Usop Filem terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bintang/artis komedi veteran". Buzzera.net. 13 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-11-07.
  2. ^ Sulaiman Jeem (12 April 1981). "MENGENANG KEMBALI AKTOR LAWAK H.M. BUSRAH". Berita Harian. m/s. 7. Dicapai pada 17 November 2018.
  3. ^ Aiman Hakim (19 Februari 2020). "Mengingati Seniman HM Busra". The Patriots. Dicapai pada 20 Disember 2020.
  4. ^ "Seniman H.M. Busrah meninggal dunia". Berita Harian. 10 April 1981. m/s. 6.
  5. ^ "Busra Meninggal, kakak mati lepas dengar berita". Berita Harian. 9 April 1981. m/s. 1.
  6. ^ Zainuri Misfar (30 Januari 2000). "Tuah Busra pada badan". Berita Minggu. Dicapai pada 17 November 2021.
  7. ^ Zainuri Misfar (6 Februari 2000). "Keluarga Busra terharu". Berita Minggu. Dicapai pada 17 November 2021.
  8. ^ Harith Faruqi Sidek (30 November 2012). Seniman H.M Busrah: Dari Semenyih ke Jalan Ampas Kitab Tawarikh 2.0. Dicapai pada 17 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]