Haji Muhammad Siraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari H. M. Sirat)

Haji Muhammad Siraj bin Haji Muhammad Salih al-Rambani, juga menggunakan nama H. M. Sirat, (meninggal dunia pada 28 Oktober 1909)[1] ialah seorang penerbit, pencetak dan penjual buku yang berasas di Singapura.[2] Beliau berketurunan Arab-Jawa dan berasal dari Rembang, Jawa Utara. Tidak diketahui dengan tepat masa ketibaan beliau di Singapura tetapi menjelang 1868, beliau telah pun berada di Singapura.[3] Bapanya, Muhammad Salih, dan abangnya, Yahya, juga merupakan pencetak buku. Beliau ialah penyunting bagi akhbar Jawi Peranakan dari tahun 1889 sehingga 1891.[4]

Beliau meninggal dunia pada 28 Oktober 1909 lalu dikebumikan pada pagi keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Jalan Lembah Sungai. Dianggarkan majlis pengebumian beliau dihadiri oleh lebih 4,000 orang.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mazelan Anuar. "Early Malay Printing in Singapore". BiblioAsia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 November 2019.
  2. ^ Proudfoot, Ian (Disember 1987). "A nineteenth-century Malay bookseller's catalogue". Kekal Abadi (dalam bahasa Inggeris). 6 (4).
  3. ^ Warnk, Holger (2010). "The collection of 19th century printed Malay books of Emil Lüring". SARI: International Journal of the Malay World and Civilisation (dalam bahasa Inggeris). 28 (1): 99–128. ISSN 0127-2721.
  4. ^ Proudfoot 1993, m/s. 40.
  5. ^ "Social and personal". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 29 Oktober 1909. m/s. 6. Dicapai pada 14 November 2019 – melalui NewspaperSG. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Proudfoot, Ian (1993). Early Malay printed books: A provisional account of materials published in the Singapore-Malaysia area up to 1920, noting holdings in major public collections (dalam bahasa Inggeris). Academy of Malay Studies and the Library, University of Malaya. ISBN 978-9679430349.CS1 maint: ref=harv (link)