Haq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari HAQ)
Haq
Poster Haq.
PengarahHor Chee Leong, Jumaatun Azmi
PenulisNur Hussein
Dihasilkan olehNanu Baharudin (bersama)
Dibintangi
SinematografiJumaatun Azmi
Syarikat
penerbitan
KasehDia Pictures
Tarikh tayangan
  • 27 Januari 2011 (2011-01-27) (Malaysia)
Masa tayangan
90 min
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 0.80 juta

Haq ialah sebuah filem cereka Malaysia yang dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Adi Putra sebagai pelakon utamanya. Filem ini menggunakan khidmat pengarah dari Hong Kong iaitu Hor Chee Leong dibantu oleh Jumaatun Azmi.

Haq yang mengisahkan tentang sepasang adik-beradik yang dikurniakan kuasa ajaib ini pada mulanya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada tahun 2010, namun tarikh penayangannya telah ditunda dan telah ditayangkan pada 27 Januari 2011.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Haq dan Bad merupakan adik-beradik angkat berbapakan Tuan Haji Ibrahim. Haq dikurniakan kuasa kharomah dan mampu mengalihkan objek dengan kuasa mindanya. Berbeza dengan Haq yang mempunyai keperibadian yang baik serta bijak, Bad lebih bersifat memberontak dan degil. Atas kedegilan Bad, ibu mereka mati di depan mata mereka. Sesudah dewasa, Bad gemar berkawan dengan samseng-samseng berbanding Haq yang melanjutkan pelajarannya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kulanz (2010) Filem HAQ Bakal Ditayangkan Pada Januari 2011 Diarkibkan 2010-12-23 di Wayback Machine, kulanzsalleh.com. Capaian 2011-01-01

Pautan luar[sunting | sunting sumber]