HMC Phlow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMC Phlow
Latar belakang
Berasal dariSentul, Kuala Lumpur, Malaysia
GenreHip-hop dance, B-boying, Popping (dance)
Tahun aktif2007-2011
AhliFaruq
Fuzz
Epul
Hydzly
Fareez

HMC Phlow atau dikenali sebagai HMC iaitu singkatan kepada Hardstyle Maa Comunity ialah sebuah kru tarian jalanan dari Kuala Lumpur[1] yang dianggotai oleh kini lima orang ahli, dan diketuai oleh Mohd Faruq Mohd Suhaimi (Faruq).[2] Kru pada mulanya adalah sebuah kumpulan shuffle dan kini mereka menonjolkan tarian dalam pelbagai jenis genre, tetapi genre yang lebih menonjol ialah shuffling, popping, locking, krumping dan lain-lain.[3] Mereka mula dikenali apabila menyertai sebuah rancangan televisyen realiti pencarian kumpulan tarian jalanan terhandal Showdown 2010 dengan 6 ahli kumpulan. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tersingkir pada minggu ke-9. Pada 2011, mereka mencuba nasib sekali lagi apabila menyertai Showdown 2011 dengan 5 ahli kumpulan dan mendapat tempat kedua di dalam petandingan tersebut. Mereka juga menari untuk artis-artis tempatan sebagai penari latar belakang.

Mereka digelar sebagai "ElecoldPhlow" atau "HMColdxhot" akibat kolaborasi mereka dengan kumpulan Elecoldxhot, juara Showdown 2011, juga pesaing kuat mereka.

Ahli-ahli Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Showdown 2010[sunting | sunting sumber]

HMC Phlow telah menyertai Showdown 2010, sebuah rancangan pencarian kumpulan penari tarian jalanan di Malaysia. Krew ini berjaya menghadapi rintangan setiap minggu sepanjang mereka dalam pertandingan tersebut sehinggalah mereka tersingkir daripada pertandingan itu akibat tewas dalam pertembungan battle dengan Wakaka Krew. Mereka tewas pada minggu ke-9, sebelum minggu terakhir pertandingan itu.

  • Faruq
  • Epul
  • Fuzz
  • Hydzly
  • Fareez
  • Ismail

Showdown 2011[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini sekali lagi menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2011, tetapi kekurangan seorang ahli kumpulan, iaitu Ismail. Mereka dapat mengharungi segala cabaran dalam pertandingan tersebut sehingga ke final. Pada minggu terakhir, mereka antara dua krew yang terselamat daripada disingkirkan, tetapi mereka harus ber-battle dengan Elecoldxhot, juga salah satu krew yang terselamat juga. Malangnya, HMC Phlow tewas dengan Elecoldxhot dengan kalah undian. Ini menjadikan kumpulan mereka sebagai tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

  • Faruq
  • Epul
  • Fuzz
  • Hydzly
  • Fareez

Anak Didikan[sunting | sunting sumber]

HMC Phlow mempunyai anak didik mereka sendiri, iaitu HMC Junior. [perlu rujukan] Sama seperti mereka, HMC Junior terdiri daripada 5 anak muda dan mempunyai aliran tarian yang sama. HMC Junior menyertai Showdown 2012 untuk mempamerkan kebolehan mereka untuk menari.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

  • Faruq dan Epul muncul dalam muzik video "Siapa Dia" nyanyian Datin Tiara Jacquelina.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey Isma (10 Mei 2010). "8TV Umum 12 Top List Showdown 2010". Sensasi Selebriti.
  2. ^ Afifi Hafiz Mohd. Nor (14 Julai 2010). "Giliran HMC Phlow tersingkir". Kosmo!.
  3. ^ (Inggeris)"Who Will Grab The Title Of Showdown 2011 Champions??". 8TV. 30 Jun 2011.