HMS Ark Royal (R07)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMS Ark Royal berlabuh di Portsmouth pada tahun 2007
Sejarah
United Kingdom
Nama: Ark Royal
Bersempena dengan: HMS Ark Royal
Dipesan: Disember 1978
Pembina: Swan Hunter, Tyne and Wear, United Kingdom
Dibaringkan: 14 Disember 1978
Dilancarkan: 2 Jun 1981
Ditaja oleh: Ratu Elizabeth si Bonda Ratu
Ditauliah: 1 November 1985
Dibersarakan: 11 Mac 2011[1][2][3]
Pemasangan semula:
  • Penyelengaraan besar pertama 1999–2001
  • Penyelengaraan besar kedua 2004–2007
Pelabuhan asal: HMNB Portsmouth
Pengenalan:
Moto: Zeal Does Not Rest
Nama gelaran: Noah's Ark
Penghargaan dan
anugerah:
Al Faw 2003
Status: Diskrapkan pada Jun 2013 di Turki
Lencana: Ship's Badge
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal pengangkut pesawat kelas-Invincible
Sesaran: 22,000 tan[5]
Panjang: 210 m (689.0 ka) (689 kk)
Lunas: 36 m (118.1 ka)
Draught: 7.5 m (24.6 ka)
Jana kuasa:
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)+
Jarak: 5,000 nmi (9,300 km; 5,800 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal:
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa:

HMS Ark Royal adalah sebuah kapal pengangkut pesawat ringan dan bekas kapal armada bagi Tentera Laut Diraja.[7] Ia merupakan kapal ketiga dan terakhir dari kelas Invincible. Kkapal ini telah dibina oleh Swan Hunter di tebing Sungai Tyne dan dilancarkan pada tahun 1981. Ark Royal telah ditauliahkan oleh Ratu Elizabeth si Bonda Ratu. Ia mula memasuki perkhidmatan selepas kapal HMS Invincible dan HMS Illustrious pada tahun 1985.

Dikenali sebagai The Mighty Ark, kapal ini merupakan kapal kelima dalam Tentera Laut Diraja yang memakai nama kapal armada yang mengalahkan Armada Sepanyol pada tahun 1588.[8] Pada awalnya, ia hendak dinamakan sebagai Indomitable[9] bagi menandingi keseluruhan kelas tetapi kemudian diubah disebabkan oleh reaksi rakyat ekoran kehilangan nama Ark Royal selepas kapal Ark Royal sebelumnya diskrapkan pada tahun 1980, selepas 30 tahun berada dalam perkhidmatan.[perlu rujukan]

Kapal ini sedikit besar berbanding kapal-kapal sebelumnya, dan dan lompatan ski yang lebih curam, Ark Royal membawa pesawat STOVL iaitu Harrier Jump Jet, selain pelbagai jenis helikopter. Dengan jumlah krew lebih daripada 1,000 kelasi dan juruterbang, kapal ini berada dalam perkhidmatan aktif dalam Perang Bosnia pada tahun 1990-an dan Serangan ke atas Iraq 2003.

Asalnya ia dijadualkan untuk dibersarakan pada tahun 2016, Ark Royal sebaliknya dilucut tauliah pada 11 Mac 2011, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula Tentera Laut dalam Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik 2010.[10] Selepas Ark Royal' dilucut tauliah, HMS Albion mengantikan ia sebagai kapal armada bagi Tentera Laut Diraja.[11] Ark Royal kemudian dijual sebagai skrap kepada sebuah syarikat Turki iaitu Leyal Ship Recycling dan belayar meninggalkan Portsmouth pada Mei 2013.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

  1. ^ "HMS Ark Royal makes her final return to Portsmouth". Royal Navy. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-08. Dicapai pada 22 January 2011.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "ark royal342". Solent Shipping News. Dicapai pada 23 February 2011.
  3. ^ "Port Visits". SeaWaves. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2011. Dicapai pada 23 February 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Royal Navy Bridge Card, February 2009" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 July 2009. Dicapai pada 20 June 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Fleet Today". Royal Navy. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-29. Dicapai pada 2017-10-18. Mirror
  6. ^ The Big Interview: Admiral Sir Alan West
  7. ^ "Profile: Navy aircraft carrier HMS Ark Royal". BBC. 18 October 2010. Dicapai pada 3 October 2014.
  8. ^ "Might HMS Ark Royal's final farewell". Sunday Sun. ChronicleLive. 21 November 2010. Dicapai pada 3 October 2014.
  9. ^ Templat:Cite newspaper The Times
  10. ^ "Final farewell for decommissioned warship HMS Ark Royal". BBC News. 11 March 2011. Dicapai pada 11 March 2011.
  11. ^ "Plymouth-based HMS Albion becomes Royal Navy flagship". BBC News. BBC. 3 December 2010. Dicapai pada 16 March 2011.
  12. ^ "Ark Royal leaves Portsmouth for scrap yard". BBC News. 20 May 2013. Dicapai pada 26 October 2016.

Petikan

  • Hobbs, David; Smith, David (1986). Ark Royal – The Name Lives On. Liskeard, Cornwall: Maritime Books. ISBN 0 907771 28 9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
R09
HMS Ark Royal
1985–2011
Diikuti oleh:
HMS Queen Elizabeth (R08)