HMS Ark Royal (91)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
HMS Ark Royal pada 1939, bersama pesawat Swordfish dari Skuadron Udara 820 Tentera Laut sedang melintas di udara
Ringkasan kelas
Didahului oleh: kelas Courageous
Diganti oleh: kelas Illustrious
Sejarah
United Kingdom
Nama: Ark Royal
Bersempena dengan: Ark Royal (1587)
Dipesan: Program pembinaan 1934
Pembina: Cammell Laird
Dibaringkan: 16 September 1935
Dilancarkan: 13 April 1937
Ditauliah: 16 Disember 1938
Pengenalan: Nombor pennant: 91
Moto: Desire n'a pas Repos – "Zeal Does Not Rest"
Penghargaan dan
anugerah:
Takdir: Ditenggelamkan oleh U-81, 14 November 1941
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal induk pesawat udara
Sesaran:
Panjang:
Lunas: 94 ka 9.6 in (28.895 m)
Draught: 27 ka 9.6 in (8.473 m)
Installed power:
Jana kuasa: 3 × syaf; 3 × turbin stim bergear
Halaju:
  • 30 knot (56 km/j; 35 mph) seperti yang direka
  • 31 knot (57 km/j; 36 mph) sebenar
Jarak: 7,600 nmi (14,100 km; 8,700 bt) at 20 knot (37 km/j; 23 mph)
Anak kapal: 1,580 pegawai dan kelasi
Persenjataan:
Perisai:
  • Belt: 4.5 in (11.4 cm)
  • Geladak: 3.5 in (8.9 cm) over boiler rooms and magazines
Pesawat yang dibawa:
  • 72 (rekaan)
  • 50–60 (sebenar)
  • 1939–1940: 26 × Fairey Swordfish, 24 × Blackburn Skua
  • 1940–1941: 30 × Fairey Swordfish, 12 × Blackburn Skuas, 12 × Fairey Fulmar
  • 1941: 36 × Fairey Swordfish, 18 × Fairey Fulmars
Kemudahan penerbangan: 2 × katapel

HMS Ark Royal (nombor pennant 91) adalah sebuah kapal induk Royal Navy yang berkhidmat semasa Perang Dunia II.

Direka pada 1934 untuk memenuhi larangan Perjanjian Tentera Laut Washington, Ark Royal telah dibina oleh Cammell Laird di Birkenhead, England, dan siap pada November 1938. Reka bentuknya berlainan dari kapal induk yang sebelumnya. Ark Royal merupakan kapal pertama dimana hangar dan geladak penerbangan adalah bahagian integral dengan badan kapal, bukannya ditambah atau sebahagian dari superstruktur. Direka untuk membawa sejumlah besar kapal terbang, ia mempunyai dua tingkat dek hangar. Ia berkhidmat dalam tempoh yang pertama kali melihat penggunaan meluas kuasa udara tentera laut; beberapa taktik kapal induk dicipta dan diperhalusi di atas Ark Royal.

Ark Royal berkhidmat di beberapa kancah tentera laut paling aktif dalam Perang Dunia Kedua. Ia terlibat dalam pembunuhan udara dan pembunuhan U-boat pertama semasa perang, operasi diluar pantai Norway, pencarian kapal tempur Jerman Bismarck, dan konvoi Malta. Ark Royal terselamat dari beberapa serangan yang hampir tepat dan mendapat reputasi sebagai 'kapal bertuah'. Ia telah di torpedo pada 13 November 1941 oleh U-81 dan tenggelam pada keesokkan harinya: salah seorang dari 1,488 anak kapalnya terkorban. Penenggelamannya menjadi kes siasatan, dengan para penyiasat ingin mengetahui bagaimana kapal induk itu boleh karam, walaupun ada usaha untuk menyelamatkan kapal itu dan menundanya ke pangkalan laut di Gibraltar. Mereka mendapati beberapa kecacatan reka bentuk menyumbang kepada kehilangan ini, yang kemudiannya diperbaiki dalam kapal induk baru British.

Bangkai kapal telah ditemui pada Disember 2002 oleh sebuah syarikat tinjauan bawah laut Amerika dengan menggunakan sonar yang dipasang pada kenderaan bebas bawah laut, dibawah kontrak dari BBC untuk penggambaran dokumentari tentang kapal itu,[3] pada kedalaman kira-kira 1,000 meter (3,300 ka) dan hampir 30 batu nautika (56 km; 35 bt) dari Gibraltar.

Nota[sunting | sunting sumber]

a. ^ The Washington Naval Treaty (signed in February 1922) imposed a limit of 135,000 tons on total British aircraft carrier tonnage, with no one ship allowed to exceed 33,000 tons, and only two to exceed 27,000 tons.[4] The London Naval Treaty (signed in April 1930) prevented signatories from constructing new capital ships, or converting existing capital ships into aircraft carriers, until 1937.[5]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ David A Thomas, "Battles and Honours of the Royal Navy" Kindle edition
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan pompom tidak disediakan
  3. ^ Warren, Daniel; Church, Robert; Davey, Rick (September 2004). "Discovering H.M.S. Ark Royal" (PDF). Hydro International. Dicapai pada 10 August 2016.
  4. ^ Papers Relating to the Foreign Relations of the United States. m/s. 247–66.
  5. ^ Reproduced in Goldman. Sunken treaties. m/s. 307–19.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Laman Web[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWII British ships

Koordinat: 36°3′N 4°45′W / 36.050°N 4.750°W / 36.050; -4.750