HMS Pluto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kapal Pluto menempa sejarah kerana menjadi lokasi di mana Perjanjian Pangkor ditandatangan pada 20 Januari 1874.

Kapal Pluto pada asalnya ialah sebuah kapal perang kecil (gunboat) kepunyaan Tentera Laut DiRaja British yang dibina dalam tahun 1835 (mengikut...) . Kapal ini ialah sebuah kapal paddle steamer yang dilengkapkan dengan meriam dan dikelaskan sebagai Gun vessel oleh Tentera Laut DiRaja British. HMS Pluto dilancarkan pada 28 April 1831. Kapal ini mempunyai awak kapal (hull) diperbuat daripada kayu dan menggunakan sistem tujahan “paddle” (paddle steamer). HMS Pluto mempunyai berat penuh 365 ton.

Semasa Perang Candu Pertama 1838-1842, kapal Pluto bersama-sama bertempur dengan pihak China. [1] Dalam bulan April 1847, kapal Pluto bersama-sama HMS ESPIEGLE telah menawan kota di Sungai Canton yang enggan membenarkan kapal melalui pelabuhan itu.

Dalam tahun 1860, kapal Pluto menawan sebuah kapal pembawa hamba abdi bernama Orion di pantai benua Afrika dan menarik kapal tersebut ke Pulau St. Helena, di mana 808 orang hamba abdi yang menjadi tawanan dibebaskan.

Dalam tahun 1861, kapal ini diserahkan kepada Syarikat India Timur dan dihantar bertugas di Malaya untuk membuat rondaan anti pelanunan dan untuk menguatkuasakan diplomasi kapal perang (gunboat diplomacy) yang diamalkan oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat untuk memaksa negeri-negeri Melayu mengikut kehendak mereka.

Kapal Pluto dengan muatan kosong 150 ton mempunyai 9 laras meriam dan digunakan sebagai kapal meriam peronda polis di perairan Selat Melaka di antara Pulau Pinang dan Singapura. Kapal Pluto ditugaskan meronda dan menumpaskan kegiatan pelanunan di Selat Melaka dan membantu kapal-kapal Syarikat India Timur dan sekiranya perlu, untuk menunda kapal-kapal tersebut ke Pulau Pinang ataupun Singapura.