Haba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Haba (disingkatkan Q, juga dipanggil perubahan haba) adalah pertukaran tenaga haba antara dua badan yang mempunyai suhu yang berlainan. Unit SI bagi haba ialah joule.

Kaitan antara haba dan tenaga sama dengan kaitan antara kerja dan tenaga. Haba mengalir antara kawasan yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan haba; haba mengalir dari kawasan yang bersuhu tinggi ke kawasan yang bersuhu rendah. Semua objek (jirim) mempunyai tenaga dalaman yang berkaitan dengan pergerakan rawak atom dan molekul dalam jirim. Tenaga dalaman ini berkadaran terus kepada suhu objek itu. Apabila dua objek yang berlainan suhu bersentuhan secara terma, mereka akan menukar tenaga dalaman sehinggalah suhu kedua-dua objek sama. Jumlah tenaga yang dipindah adalah jumlah tenaga yang ditukar. Biasanya haba dikelirukan dengan tenaga dalaman, tetapi kedua-duanya ada perbezaan: haba berkaitan dengan perubahan tenaga dalaman dan kerja yang dilakukan oleh sesuatu sistem. Istilah haba digunakan untuk memperihalkan pengaliran tenaga; manakala istilah tenaga dalaman digunakan untuk memperihalkan tenaga. Memahami perbezaan ini adalah keperluan untuk memahami hukum pertama termodinamik.

Sinaran inframerah biasanya dikaitkan dengan haba, kerana haba pada suhu bilik ke atas akan mengeluarkan radiasi yang tertumpu kepada jalur inframerah tengah.