Habbo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Habbo Hotel
Habbo logo.png
Laman sesawangLihat perkhidmatan semasa di bawah
SloganHangout for teens
Pengiklanan?Ya
Jenis lamanPerkhidmatan rangkaian sosial
PendaftaranYa
Boleh didapati dalamBerbilang bahasa
PemilikSulake Corporation OY
Dicipta olehSampo Karjalainen
Aapo Kyrölä
Dilancarkan padaOgos 2000 Finland
Januari 2001 United Kingdom
September 2004 Amerika Syarikat
November 2004 Australia
Kedudukan Alexa1,337 (bergantung kepada nama domain hotel)
Status terkiniAktif

Habbo (sebelum ini terkenal sebagai Habbo Hotel) ialah tapak web rangkaian sosial yang ditujukan kepada remaja. Tapak web ini dimiliki dan dijalankan oleh Sulake Corporation. Perkhidmatan ini bermula pada 2000 dan telah berkembang untuk mempunyai 32 komuniti dalam talian (atau "hotel").[1] ").Setakat Jun 2008 lebih 118 juta avatar telah didaftarkan. Terdapat purata 8 juta pelawat unik setiap bulan,[1] dan 75,000 avatar dicipta setiap hari.[2] Avatar ke-100 juta telah dicipta di Habbo UK pada Jun 2008.[3]

Asal usul Habbo dikatakan adalah dari Mobiles Disco, satu projek hobi 1999 oleh pereka kreatif Sampo Karjalainen dan ahli teknologi Aapo Kyrölä untuk satu kumpulan pancaragam Finland, satu bilik sembang maya berjalan menggunakan teknologi Fuse Aapo. Setelah mendapat kontrak mereka bentuk satu permainan dan perbualan maya yang dipanggil Lumisota (Perang Salji) untuk ISP Finland Elisa, mereka telah mendapat satu lagi projek. Mereka membangun Hotelli Kultakala (Hotel Ikan Emas) dengan satu pasukan kecil pemaju dan ia telah dilancarkan pada Ogos 2000 pada portal web ISP itu.


Pada lewat Mei 2009, Habbo membuka satu versi beta baru Habbo untuk diuji sebelum menggunakan ia secara rasmi. Dalam versi baru bagi Habbo, pelanggan menggunakan Flash berbanding Shockwave, dan antara muka Hotel telah berubah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Habbo - Where else? - Sulake". Sulake Corporation Ltd. 2007. Dicapai 2008-01-03.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ "Habbo's Avatar Count Rises To 80 million". Sulake Corporation. October 25, 2007. Dicapai 2007-11-13. 
  3. ^ 100 million Habbos Sulake Corporation