Habib Sheikh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Seorang pemimpin Melayu di Tawau ketika era penjajahan British. Dilantik menjadi Ketua Masyarakat ( native chief ) pada tahun 1912 dan memimpin selama 13 tahun sebelum digantikan oleh Imam Mustapha. Beliau bersama-sama Kee Abdullah ( pegawai kerajaan yang memeluk Islam, berkahwin dan berkeluarga dengan orang Melayu ) dan Imam Mustapa ( dilantik menjadi imam pada tahun 1916 ) menduduki Mahkamah Anak Negeri ( native court ). ( Rujuk : Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005 )

Berketurunan Arab dan menjadi wakil sultan[sunting | sunting sumber]

Habib Sheikh asalnya berketurunan Arab yang berniaga di Kalimantan selama 3 generasi. Mahir bertutur dalam bahasa Melayu kerana keturunannya telah ratusan tahun lama menetap dan menjalankan urusan perdagangan di perairan nusantara. Pada tahun 1891, beliau tiba di Bulungan dan mula menetap di sana. Dari sana , beliau selalu berkunjung ke Kalabakan berdekatan Tawau untuk memungut cukai atas perintah Sultan Bulungan ( pada masa itu penduduk d Kalabakan adalah rakyat di bawah jajahan takluk Kesultanan Bulungan.

MENETAP DI TAWAU[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1893, beliau berpindah ke Tawau yang ketika itu didiami penduduk kampung Melayu yang menyara hidup dengan menangkap ikan, menanam padi dan menanam kelapa kecil-kecil. Beliau membeli hasil padi dan hasil kelapa ( untuk minyak ) dari penduduk kampung tempatan. Orang-orang berketurunan Arab diterima dengan baik oleh masyarakat tempatan ( native population ) sebagai saudara seagama. Selain itu, peranan yang mereka mainkan sebagai orang tengah dalam urusan ekonomi adalah sangat berfaedah kepada masyarakat tempatan. ( Rujuk : Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication ).


DIKENALI , DIHORMATI DAN DIBERI KEPERCAYAAN[sunting | sunting sumber]

Setelah hidup begitu lama dengan masyarakat tempatan dan dikenali dan mesra kepada semua golongan, beliau mula dianggap sebagai pemimpin di kalangan penduduk tempatan. Tambahan pula pengetahuan agama beliau yang mendalam memudahkan beliau menjadi rujukan dan guru agama kepada masyarakat yang masih daif dalam urusan keagamaan. Peranan sebagai pemimpin terus dimainkan sehingga pada tahun 1912, beliau telah dipilih oleh masyarakat untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat untuk menggantikan Sarip Ali, pemimpin yang terdahulu.

MENJADI KETUA MASYARAKAT[sunting | sunting sumber]

Habib Sheikh telah diberikan gelaran sebagai Ketua Masyarakat ( native chief ) di Tawau pada tahun 1912. Jawatan ini telah diiktiraf oleh Kerajaan British dan beliau telah bertugas di Pejabat Residen bersama Imam Mustapha ( memegang jawatan imam ) dan Kee Abdullah ( pegawai Inggeris mewakili bangsa Melayu ). Mereka juga bersama-sama bertugas dalam Mahkamah Anak Negeri ( native court ) yang menguruskan hal ehwal masyarakat tempatan. Beliau terus memegang jawatan Ketua Masyarakat sehingga tahun 1925 sebelum digantikan oleh Imam Mustapha. Kini, terdapat sebuah jalan utama di bandar Tawau diberi nama sempena nama beliau sebagai memperingati jasa-jasa beliau kepada masyarakat tempatan di Tawau suatu ketika dulu.

RUJUKAN[sunting | sunting sumber]

1) Buku 'Borneo Under the Sun', tulisan Nicholas Chung, Terbitan Natural History Publication: 2005.

2) Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication.

3) Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tawau