Habibah Abdul Rahim
Prof Adjung Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim | |
---|---|
Ahli Majlis Pemulihan Negara | |
Memegang jawatan 23 Julai 2021 | |
Perdana Menteri | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Januari 2020 – 5 April 2021 | |
Perdana Menteri | |
Menteri | |
Timbalan Menteri | |
Didahului oleh | Amin Senin |
Digantikan oleh | Nor Zamani Abdol Hamid |
Butiran peribadi | |
Lahir | Habibah binti Abdul Rahim 5 April 1961 |
Pekerjaan | Pendidik |
Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim adalah merupakan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ke-17.[1] Beliau merupakan wanita kedua yang dilantik ke jawatan tersebut sejak ia mula diwujudkan. Beliau bersara wajib pada tahun 2021[2] dan terus aktif dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Kementerian Pendidikan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Sebelum Dr. Habibah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, beliau adalah merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Kurikulum). Antara jawatan lain yang pernah disandang termasuklah sebagai Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan dan Pengarah Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan.[3]
Beliau memainkan peranan besar dalam membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) ketika Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.[4]
Institut Aminuddin Baki[sunting | sunting sumber]
Beliau adalah pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki sebelum bertugas di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Selepas bersara[sunting | sunting sumber]
Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pemulihan Negara[5] selaku Fellow Kanan Institut Masa Depan Malaysia.[6] Beliau juga telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia.[7]
Penghargaan[sunting | sunting sumber]
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
- Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (2021)[8]
- Anugerah Tokoh Teladan Integriti (2016)
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia (2002, 2007, 2013)
Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]
Malaysia
Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk (2020)
Ahli Mangku Negara (AMN) (2008)
Selangor
Darjah Kebesaran Dato' Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) - Datin Paduka Seri (2020)
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Pernyataan media pelantikan sebagai Ketya Pengarah Pendidikan Malaysia
- ^ KP Pelajaran bersara hari ini
- ^ Dr Habibah dilantik Ketua Pengarah Pelajaran baharu
- ^ Biodata
- ^ Wakil parti pembangkang dijemput sertai MPN
- ^ Senarai warga kerja Institut MASA
- ^ MASA perkenal Ahli Bersekutu
- ^ Tokoh guru setia berkhidmat selepas bersara