Habibah Yaacob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Habibah Yaacob
Habibah Yaacob
Latar belakang
Nama lahirKhairani binti Yaacob
Kelahiran1948 (1948)
Berasal dariMalaysia Malaysia
Meninggal dunia12 April 2014(2014-04-12) (umur 65–66)
PekerjaanPenyanyi,
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an
Syarikat rakaman
EMI

Khairani binti Yaacob ataupun dikenali sebagai Habibah Yaacob merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai sekitar era 1960-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia dan Singapura. Bakatnya di cungkil oleh Tan Sri P. Ramlee ketika beliau menyertai tilawah Al Quran pada akhir tahun 60an.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau yang berasal dari Kampung Mahkota, Batu Caves, Selangor dan belajar di Sekolah Menengah Convent, Sentul merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Karier seninya bermula sejak dibangku sekolah lagi, apabila beliau pernah bersama adik beradik yang lain bergerak di bawah nama kumpulan D’Mahkota yang sering mengadakan persembahan di majlis perkahwinan dan juga pernah menjadi penyanyi nasyid ketika berusia 14 tahun sehingga membawanya ke Medan untuk membuat persembahan.

Anak didik kepada ustaz Hassan Ashaari ini juga pernah menyertai pertandingan Tilawah Al Quran sekitar akhir 60an. Namun bakatnya dicungkil Tan Sri P. Ramlee dan ditawarkan merakamkan sebuah lagu didalam filem arahannya iaitu filem Enam Jahannam dan juga dilamar oleh EMI (singapura) untuk menjadi penyanyi di syarikat tersebut. Bersama EMI beliau berjaya merakam 3 Ep.

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2014, umurnya 66.[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saloma tawar Habibah rakam lagu Utusan Online
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-19. Dicapai pada 2017-10-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]