Aktivisme penggodam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hacktivism)

Dalam konteks aktivisme Internet, aktivisme penggodam (bahasa Inggeris: hacktivism, kata gabung "hack" dan "activism") ialah penggunaan teknologi untuk mencetuskan dan mengalakkan sesuatu agenda politik atau perubahan sosial[1] yang lazimnya sering dikaitkan dengan pergerakan yang mendokong kebebasan bersuara, hak asasi manusia atau kebebasan maklumat.[2] Pergerakan ini terhasil sebagai sebuah gerakan yang mengekspresikan kekecewaan, pesanan moral dan politik dari sesorang atau kelompok melalui teknik menggodam sistem komputer.

Pemikiran dan pengungkapan mengenai konsep aktivisme sebegini mula dikenali pada tahun 1994 terutamanya oleh suatu grup yang bernama Cult of the Dead Cow (cDc) untuk menyebut kegiatan mereka dalam menulis perisian yang bisa digunakan untuk berkomunikasi secara selamat oleh siapapun meskipun dengan risiko kebarangkalian diintip oleh pemerintah. Hal ini berkaitan dengan prinsip mereka tentang kebebasan berekspresi di Internet.[3]

Pentakrifan[sunting | sunting sumber]

Penggiatan dalam hacktivisme dilihat sangat jauh membeza daripada unsur-unsur penggodaman, aktivisme internet, terorisme dunia maya, dan gerakan sosial konvensional yang mencetuskannya.

Seseorang penggiat aktvisime berupa sebegini (seorang hacktivist) berbeza dengan penggodam berdasarkan pada orientasi politik di mana penggodam bertindak tanpa ada apa-apa motif atau berorientasi politik. Malah, aktiviti penggodam berdasarkan kegiatan yang dilakukan dalam mencapai tujuan politik jauh berbeza daripada aktivisme internet yang hanya menggunakan peralatan digital sebagai sarana propaganda menguat gerakan sosial yang dilakukan di dunia nyata merebut simpati awam tanpa ada kegiatan peretasan di dalamnya, maka hal-hal seperti E-petisyen bukan termasuk kedalam aktiviti penggodam.

Untuk membedakan hactivist dengan terorisme dunia maya terletak pada tradisi tanpa kekerasan, terorisme dunia maya dalam melakukan aksinya memiliki unsur keganasan, (misalnya menggodam sistem lalu lintas pesawat agar terjadi kecelakaan pesawat) sementara perbedaan hacktivisme dengan gerakan sosial konvensional terletak pada tempat ia digiatkan di dunia nyata dan dunia maya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mikhaylova, Galina. "The "Anonymous" Movement: Hacktivism as an Emerging Form of Political Participation" (PDF). Texas State University. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Oktober 2017. Dicapai pada 5 Julai 2017.
  2. ^ "Hackers take down thousands of 'dark web' sites, post private data". NBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-27. Dicapai pada 2017-02-27.
  3. ^ [Film] B. Knappenberger, Director, How Hacker Changed the World. United States of America: BBC, 2013.
  4. ^ A. W. Samuel, "Hactivism and the Future of Political Participation," Harvard University, Massachusetts, 2004.