Hadiah Sakharov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir
Remise du Prix Sakharov à Aung San Suu Kyi Strasbourg 22 octobre 2013-21.jpg
Upacara penganugerahan 1990 kepada Aung San Suu Kyi dalam Parlimen Strasbourg pada tahun 2013.
Negara Kesatuan Eropah
Disampaikan oleh Parlimen Eropah
Ganjaran €50,000[1]
Anugerah pertama 1988
Kini dipegang oleh Pembangkang demokratik di Venezuela
Laman web rasmi Official website

Hadiah Sakharov untuk Kebebasan Berfikir, atau lebih dikenali sebagai Hadiah Sakharov, menghargai individu dan kumpulan orang yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mempertahankan hak asasi manusia dan kebebasan berfikir.[2] Dinamakan semperna nama seorang saintis dan pembangkang Rusia, Andrei Sakharov, hadiah ini diperkenalkan pada Disember 1988 oleh Parlimen Eropah.[2] Satu senarai pendek pencalonan dikeluarkan setiap tahun oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Jawatankuasa Pembangunan, dengan pemenang diumumkan pada bulan Oktober.[1] Hadiah turut disertakan dengan wang tunai sebanyak €50,000.[1] Hadiah pertama diberikan kepada Nelson Mandela (Afrika Selatan) dan dari Rusia Anatoly Marchenko. Pada tahun 1990 pula, hadiah diberikan kepada Aung San Suu Kyi, namun beliau hanya dapat menerima hadiah tersebut pada tahun 2013 akibat pemeranjaan beliau di Burma.[3] Selain individu, hadiah turut pernah diberikan kepada organisasi dan Mothers of the Plaza de Mayo dari Argentina telah memenangi pada tahun 1992. Tiga orang penerima Sakharov turut menerima Hadiah Keamanan Nobel iaitu Nelson Mandela, Aung San Suu Kyi, dan Malala Yousafzai.[4] Razan Zaitouneh yang menerima hadiah ini pada tahun 2011 telah diculik pada tahun 2013 dan masih belum ditemui.[5]

Pada tahun 2017, Hadiah Sakharov diberikan kepada Pembangkang Demokratik di Venezuela. Presiden Parlimen Eropah, Antonio Tajani menyatakan hadiah ini mengesahkan sokongan Kesatuan Eropah yang "tidak berbelah bahagi kepada perhimpunan kebangsaan Venezuela yang dipilih secara demokratik" akan menyeru "peralihan damai kepada demokrasi yang rakyat Venezuela mahukan."[6] Hadiah itu dilihat sebagai memberi ganjaran kepada "keberanian aktivis pelajar dan penunjuk perasaan dalam menghadapi penindasan oleh kerajaan Nicolas Maduro".[7]

Penerima[sunting | sunting sumber]

Nelson Mandela merupakan penerima pertama Hadiah Sakharov selain Anatoly Marchenko.
Upacara penganugerahan kepada Aung San Suu Kyi bagi tahun 1990 tetapi hanya dapat dilakukan pada tahun 2013.
Tahun Penerima Kerakyatan Nota Rujukan
1988 Mandela, NelsonNelson Mandela  South Africa Aktivis anti-apartheid dan kemudian Presiden Afrika Selatan [8]
Marchenko, AnatolyAnatoly Marchenko (posthumously)  Soviet Union Aktivis pembangkang dan aktivis hak asasi manusia Soviet [8]
1989 Dubček, AlexanderAlexander Dubček  Czechoslovakia Ahli politik Slovak [8]
1990 Aung San Suu Kyi  Burma Ahli politik pembangkang dan bekas Setiausaha Agung Liga Kebangsaan untuk Demokrasi [9]
1991 Demaçi, AdemAdem Demaçi  Yugoslavia Ahli politik Kosovo Albania dan tahanan politik [8]
1992 Mothers of the Plaza de Mayo  Argentina Persatuan ibu-ibu Argentina yang anaknya hilang semasa Perang Kotor [9]
1993 Oslobođenje  Bosnia and Herzegovina Surat khabar pipular yang mempertahankan Bosnia dan Herzegovina sebagai negara multi-etnik [9]
1994 Nasrin, TaslimaTaslima Nasrin  Bangladesh Bekas doktor, penulis feminis [9]
1995 Zana, LeylaLeyla Zana  Turkey Ahli politik dari keturunan Kurdish dari Turki Tenggara, yang dipenjarakan selama 10 tahun [8]
1996 Jingsheng, WeiWei Jingsheng  China Aktivis dalam gerakan demokrasi China [9]
1997 Ghezali, SalimaSalima Ghezali  Algeria Wartawan dan penulis, aktivis hak asasi wanita, hak asasi manusia dan demorasi di Algeria [9]
1998 Rugova, IbrahimIbrahim Rugova  Yugoslavia Ahli politik Albania, Presiden pertama Kosovo [8]
1999 Gusmão, XananaXanana Gusmão  East Timor Bekas militan yang menjadi Presiden pertama Timor Leste [10]
2000 ¡Basta Ya!  Spain Organisasi yang menyatukan individu dari pelbagai kedudukan politik yang menentang keganasan [11]
2001 Peled-Elhanan, NuritNurit Peled-Elhanan  Israel Aktivis keamanan [8]
Ghazzawi, IzzatIzzat Ghazzawi  Palestin Penulis , profesor
Kamwenho, Dom ZacariasDom Zacarias Kamwenho  Angola Uskup Agung dan aktivis keamanan
2002 Payá, OswaldoOswaldo Payá  Cuba Aktivis politik dan pembangkang [12]
2003 Annan, KofiKofi Annan  Ghana Penerima Hadiah Keamanan Novel dan Setiausaha Agung PBB yang ke-7 [8]
PBB N/A (International)
2004 Persatuan Wartawan Belarusia  Belarus Organisasi bukan kerajaan "yang bertujuan untuk memastikan kebebasan bersuara dan hak menerima dan mengedarkan maklumat dan mempromosikan piawaian kewartawanan profesional" [13]
2005 Ladies in White  Cuba Gerakan pembangkang, ahli keluarga/saudara pembangkang yang dipenjarakan [14]
Reporters Without Borders N/A (Antarabangsa) Pertubuhan bukan kerajaan berpangkalan di Perancis yang menganjurkan kebebasan akhbar [14]
Ibrahim, HauwaHauwa Ibrahim  Nigeria Peguam hak asasi manusia [14]
2006 Milinkievič, AlaksandarAlaksandar Milinkievič  Belarus Ahli politik yang dipilih oleh Angkatan Demokratik Bersatu Belarus sebagai calon bersama pembangkang dalam pilihan raya presiden 2006 [15]
2007 Mahmoud Osman, SalihSalih Mahmoud Osman  Sudan Peguam hak asasi manusia [9]
2008 Jia, HuHu Jia  China Aktivis dan pembangkang [16]
2009 Memorial  Russia Pertubuhan hak asasi manusia dan sejarah antarabangsa [17]
2010 Fariñas, GuillermoGuillermo Fariñas  Cuba Doktor, wartawan dan ahli politik pembangkang [18]
2011 Asmaa Mahfouz  Egypt Lima wakil rakyat Arab, sebagai pengiktirafan dan sokongan pemanduan mereka untuk kebebasan dan hak asasi manusia. [19]
Ahmed al-Senussi  Libya
Razan Zaitouneh  Syria
Ali Farzat
Mohamed Bouazizi (posthumously)  Tunisia
2012 Jafar Panahi  Iran Aktivis Iran, Sotoudeh merupakan seorang peguam dan Panahi ialah pengarah filem. [20][21]
Nasrin Sotoudeh
2013 Malala Yousafzai  Pakistan Kempen untuk hak dan pendidikan wanita [22]
2014 Denis Mukwege  Democratic Republic of the Congo Ahli ginekologi yang merawat mangsa pemerkosaan berkumpulan [23]
2015 Raif Badawi  Saudi Arabia Penulis dan aktivis Arab Saudi serta pencipta laman web Free Saudi Liberals [24]
2016 Nadia Murad Basee  Iraq Aktivis hak asasi manusia Yazidi [25]
Lamiya Aji Bashar
2017 Pembangkang Demokrasi di Venezuela  Venezuela Julio Borges bersama-sama banduan dan aktivis politik dari Venezuala yang terdiri daripada Leopoldo López, Antonio Ledezma, Daniel Ceballos, Yon Goicoechea, Lorent Saleh, Alfredo Ramos dan Andrea González [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Sakharov Prize". European Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2017. Dicapai 29 October 2017. 
  2. ^ a b "1986: Sakharov comes in from the cold". BBC News. 23 December 1986. Dicapai 21 October 2010. 
  3. ^ Cook, Annabel (22 October 2013). "Aung San Suu Kyi collects Sakharov prize 23 years on". Financial Times. Dicapai 27 October 2017. 
  4. ^ Boshnaq, Mona; Chan, Sewell; Dremeaux, Lillie; Karasz, Palko; Kruhly, Madeleine. "Nobel Peace Prize Winners Throughout History". The New York Times. 
  5. ^ "Razan Zaitouneh". European Parliament. Dicapai 27 October 2017. 
  6. ^ a b "Parliament awards Sakharov Prize 2017 to Democratic Opposition in Venezuela". European Parliament. 26 October 2017. Dicapai 27 October 2017. 
  7. ^ "Venezuela's opposition awarded Sakharov Prize for championing human rights". The Independent. 26 October 2017. Dicapai 28 October 2017. 
  8. ^ a b c d e f g h "20 years of the Sakharov Prize: Human rights and reconciliation". European Parliament. 28 October 2008. Dicapai 22 October 2010. 
  9. ^ a b c d e f g "Sakharov Network calls for immediate release of Aung San Suu Kyi, Sakharov Prize laureate 1990". Reporters Without Borders. 15 May 2009. Diarkibkan daripada asal pada 16 October 2012. Dicapai 23 October 2010. 
  10. ^ "Gusmão receives EU Sakharov prize". BBC News. 15 December 1999. Dicapai 21 October 2010. 
  11. ^ "Basque group wins peace prize". BBC News. 26 October 2000. Dicapai 21 October 2010. 
  12. ^ "Cuban dissident collects EU prize". BBC News. 17 December 2002. Dicapai 21 October 2010. 
  13. ^ "The Belarusian Association of Journalists - 2004, Belarus". European Parliament. 9 November 2004. Dicapai 18 February 2015. [pautan putus]
  14. ^ a b c Gibbs, Stephen (14 December 2005). "Cuba 'bars women from prize trip'". BBC News. Dicapai 21 October 2010. 
  15. ^ "Belarussian takes EU rights award". BBC News. 26 October 2006. Dicapai 21 October 2010. 
  16. ^ "China dissident wins rights prize". BBC News. 17 December 2008. Dicapai 21 October 2010. 
  17. ^ "Russia rights group wins EU prize". BBC News. 22 October 2009. Dicapai 21 October 2010. 
  18. ^ "Cuba dissident Farinas awarded Sakharov Prize by EU". BBC News. 21 October 2010. Dicapai 21 October 2010. 
  19. ^ "Sakharov Prize for Freedom of Thought 2011". European Parliament. Diarkibkan daripada asal pada 23 October 2011. Dicapai 27 October 2011. 
  20. ^ Dehghan, Saeed Kamali (26 October 2012). "Nasrin Sotoudeh and director Jafar Panahi share top human rights prize". The Guardian. Diarkibkan daripada asal pada 26 October 2012. Dicapai 26 October 2012. 
  21. ^ "Nasrin Sotoudeh and Jafar Panahi – winners of the 2012 Sakharov Prize" (PDF). European Parliament. Dicapai 27 October 2012. 
  22. ^ Jordan, Carol (10 October 2013). "Malala wins Sakharov Prize for freedom of thought". CNN. Dicapai 10 October 2013. 
  23. ^ "DR Congo doctor Denis Mukwege wins Sakharov prize". BBC News. 21 October 2014. Dicapai 22 October 2014. 
  24. ^ "Raif Badawi wins Sakharov human rights prize". The Guardian. Brussels. Associated Press in. Dicapai 29 October 2015. 
  25. ^ "Sakharov prize: Yazidi women win EU freedom prize". BBC News. 27 October 2016. Dicapai 27 October 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]