Hafiz AF (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hafiz Suip
Cakra Khan & Hafiz Suip - Dato' Siti Nurhaliza & Friends' Artists.png
Hafiz (kanan) bersama Cakra Khan semasa sidang media Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert.
Latar belakang
Nama lahir Mohd Hafiz bin Mohd Suip[1]
Berasal dari Sarawak Kuching, Sarawak
Genre Pop
Pekerjaan Penyanyi,Pelakon
Tahun aktif 2009–kini
Kegiatan berkaitan Akim, Aril

Mohd Hafiz bin Mohd Suip (lahir 27 Februari 1990) ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula popular semenjak menjuarai musim ketujuh Akademi Fantasia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Hafiz adalah yang tersulung di kalangan tiga adik-beradik yang berasal dari Kuching, Sarawak. Setelah menghabiskan pelajaran di SMK St Joseph, beliau menyertai pertandingan realiti Akademi Fantasia pada awal tahun 2009 setelah lulus dalam uji bakat di Kuching. Pada bulan Mei, Hafiz yang ketika itu berusia 19 tahun merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim ini.[2] Sebagai berkongsi kenangan dengan para peminat, Hafiz turut mengacarakan rancangan istimewa Menuju Puncak di Astro Ria tidak lama kemudian.[3]

Ketika beraksi di konsert akhir AF7, Hafiz memperkenalkan single pertamanya, "Masih Jelas", yang turut menerima sambutan hangat di radio. Bagaimanapun, lain ceritanya bagi video muzik lagu ini apabila pernah dikhabarkan terpaksa dibuat penggambaran semula kerana didapati video asalnya "kurang sesuai ditonton oleh peminat muda".[4] Apapun, lagu ini layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-24 anjuran TV3 pada awal tahun 2010.[5]

Pada tahun yang sama, Hafiz menjadi selebriti pertama yang menyumbangkan suaranya kepada projek alih suara Bahasa Malaysia di Cartoon Network, dengan menyuarakan watak Ben Tennyson dalam telefilem Ben 10: Alien Swarm, sekaligus mengikut jejak langkah bekas pelajar AF terdahulu dan personaliti Astro lain yang pernah menyumbangkan suara mereka kepada versi BM filem-filem seumpamanya.[4] Selepas itu, beliau mengikuti rakan-rakan semusim AFnya, Aril dan Akim, serta Black dan Choo Hou Ren untuk menjayakan kempen Brand's Generasi Hebat yang menyaksikan kelima-lima mereka ini menyanyikan lagu temanya, "Juara".[6]

Hafiz juga terlibat dalam dunia teater pada Jun 2010 dengan teater berjudul KITA The Musical, melakonkan watak utama, Rahman, yang telah dipentaskan di Istana Budaya dan mendapat sambutan hangat. Produksi tersebut yang diinspirasikan oleh gagasan 1 Malaysia juga turut menampilkan Eric Lin, Michael Rao dan Adila AF sebagai teraju utama.

Single kedua dari Hafiz, ciptaan komposer ternama, Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam, berjudul Noktah Cinta semakin melonjakkan nama Hafiz dalam industri muzik Malaysia. Kejayaan terbesar beliau setakat ini adalah merangkul gelaran Vokal Terbaik dan seterusnya mendapat Tempat Ketiga di Anugerah Juara Lagu ke-25 pada Januari 2011.

Baru-baru ini pula, Hafiz telah dipilih sebagai penerima Anugerah Ikon Belia Sarawak untuk Kategori Kebudayaan dan Keseniaan sempena Majlis Perhimpunan Belia Sarawak 2011 yang telah diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 18 Mac 2011.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Lagu-Lagu Hafiz AF7[sunting | sunting sumber]

  1. Masih Jelas (2009)
  2. Sehati Berdansa Lagu Tema Rancangan Realiti Sehati Berdansa Musim 3 (2009)
  3. Juara (feat. 5 Ikon Remaja) (Iklan Brands Generasi Hebat) (2009)
  4. Apabila Senja Mengundang Pulang (Verse) OST Senja Permai (2009)
  5. Noktah Cinta (2010)
  6. Hanya Kerana Cinta (feat. Aril, Anne Hot FM, Tini Hot FM & Ayu (Lagu Raya) (2010)
  7. Salam Lebaran (feat. Various Artists) (Lagu Raya) (2010)
  8. Mari Menari (feat. Adira) Lagu Tema Rancangan Realiti Mari Menari (2010)
  9. Kau Ku Temu (feat. Akim, Aril dan Anith Aqilah) OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
  10. Lebih Dewasa OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
  11. Memori Dan Memori OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
  12. Untukmu (feat. Akim dan Aril) OST Kau Dan Aku Musim 2 (2010)
  13. Awan Nano (2011)
  14. Warkah (feat. Akim, Aril, Aznil Nawawi) (Lagu Raya) (2011)
  15. Saya Anak Malaysia (feat. Projek MyMusic Indiepretasi) (Selamat Hari Malaysia) (2011)
  16. Ombak Rindu (feat. Adira) OST Ombak Rindu (2011)
  17. Untuk Kamu OST Ombak Rindu (2011)
  18. Watak (2012)
  19. Sandarkan Pada Kenangan (feat. Mimi Sham) OST Azura 2012 (2012)
  20. Hadirkan Aku Dalam Ingatan (Lagu Raya) (2012)
  21. Muara Hati (feat. Siti Nurhaliza) OST Adam & Hawa (2012)
  22. Kita Satu (2012)
  23. Ku Akui (2012)
  24. Bahagiamu Deritaku (Indonesia) (2013)
  25. Patah Hati OST Anugerah Dendam Yang Terindah (Indonesia) (2013)
  26. Salahkah (feat. Rossa) OST Bukan Kerana Aku Tak Cinta (Malaysia & Indonesia) (2013)
  27. Kesimpulan (2014)
  28. Matahari (2014)
  29. Inspirasi (feat. Faizal Tahir) (2015)
  30. Terima Seandainya (feat. Misha Omar) OST Uda & Dara (2016)
  31. Kejar (2017)
  32. Aku Negaraku (feat Jaclyn Victor) (2017)

Drama[sunting | sunting sumber]

Kau Dan Aku (2009-2011) Astro Ria

Anugerah dan Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2010 (AIM17) Lagu Pop Terbaik Masih Jelas Masih Jelas Dicalonkan Yuna - Dan Sebenarnya
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Dicalonkan Karen Kong, Dato' Sheila Majid, Jaclyn Victor - Cinta Ada
2012/2013 (AIM20) Album Terbaik Luahan Hati Anak Seni Menang
Rakaman Album Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Bahagiamu Deritaku Menang
Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu Mungkinkah (Penggubah: AG Coco) Dicalonkan Anuar Zain & Dayang Nurfaizah - Bila Resah
2013/2014 (AIM21) Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara Salahkah (duet bersama Rossa) Menang

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2009 (AJL24) Masih Jelas Masih Jelas Aidit Alfian Ad Samad Terbuka Dicalonkan
2010 (AJL25) Noktah Cinta Ajai Sheikh Qalam Terbuka Menang
Tempat Ketiga
Vokal Terbaik Menang
2011 (AJL26) Awan Nano M. Nasir Budi Hekayat Terbuka Menang
Juara Lagu
Vokal Terbaik Menang
2012 (AJL27) Ku Akui Ajai Ajai Terbuka Menang
Tempat Ketiga
Vokal Terbaik Menang
2013 (AJL28) Bahagiamu Deritaku Luahan Hati Anak Seni LY Baiduri Terbuka Menang
Juara dan persembahan terbaik
2014 (AJL29) Matahari Ajai Transformers Melayu Terbuka Dicalonkan

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2011 Artis Lelaki Terbaik Masih Jelas Dicalonkan Faizal Tahir - Adrenalin
Lagu Terbaik Malaysia Nokhtah Cinta Dicalonkan Hafiz - Awan Nano
Awan Nano Menang
Lagu Terbaik Menang
2013 Artis Lelaki Terbaik Bahagiamu Deritaku Luahan Hati Anak Seni Dicalonkan Judika - Aku Yang Tersakiti
Lagu Terbaik Malaysia Dicalonkan Shila Amzah - Masih Aku Cinta
Muara Hati (bersama Dato' Siti Nurhaliza) Dicalonkan
Duo / Kolaborasi Terbaik Menang
Lagu Serantau Paling Popular Menang
Artis Serantau Paling Popular Menang
Ikon Media Sosial Dicalonkan Sleeq
2014 Kolaborasi Terbaik (Artis) Salahkah (duet bersama Rossa) Dicalonkan Altimet ft. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya
Duo / Kumpulan Terbaik Menang
Artis Terbaik (Lelaki) Matahari Luahan Hati Anak Seni Dicalonkan Judika - Mama Papa Larang
Artis Paling Popular APM Dicalonkan NOAH
Ikon Media Sosial Dicalonkan Taufik Batisah

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2009 Artis Baru Lelaki Popular Dicalonkan
2011 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2012 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2013 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2014 Penyanyi Lelaki Popular Dicalonkan

SHOUT! Awards[sunting | sunting sumber]

Shout! Awards
Tahun Kategori Keputusan
2013 Popstar Award Menang
Power Vocal Award Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bintang AF7: Hafiz, Astro. Dicapai pada 15 Januari 2010.
  2. ^ Li Ee Kee (17 Mei 2009). "Hafiz Juara AF7!". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  3. ^ Syaliza Shapiansuri (16 Julai 2009). "Hafiz Kongsi Album". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  4. ^ a b Razif Rosdi (13 September 2009). "Hafiz AF7 Jayakan Animasi Ben 10". Murai.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  5. ^ Li Ee Kee (16 Disember 2009). "Debaran AJL24 Kini Bermula". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 
  6. ^ Miss Ayu (18 November 2009). "Giliran Hafiz Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik". gua.com.my. Dicapai pada 15 Januari 2010. 


Pautan luar[sunting | sunting sumber]