Hafiz Hamidun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah mengenai Hafiz Hamidun. Untuk album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album, sila lihat Hafiz Hamidun (album).
Hafiz Hamidun
231.jpg
Hafiz Hamidun berusia 19 tahun ketika menganggotai UNIC pada tahun 2003 bersama Fitri Haris, Bazli Hazwan & Wan Shah.
Latar belakang
Nama lahir Mohammad Hafiz bin Hamidun
Kelahiran (1984-09-21) 21 September 1984 (umur 33)
Teluk Intan, Negeri Perak Perak Darul Ridzuan, Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Penyanyi, komposer
Instrumen Vokal
Tahun aktif 2002-kini
Label Hijjaz Music Entertainment
Hijjaz Records Sdn. Bhd.
EMI Records Sdn. Bhd.
Arteffects International Sdn. Bhd.
Kegiatan berkait Kumpulan UNIC
Laman sesawang www.hafizhamidun.com

Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz bin Hamidun (lahir 21 September 1984) merupakan seorang penyanyi nasyid yang terkenal di Malaysia. Beliau juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC. Pada tahun 2007, beliau berundur dari UNIC dan bergerak solo sehingga kini. [1] Kini beliau telah merakamkan lima album solo.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan[2] yang lahir pada (1984-09-21) 21 September 1984 (umur 33). Anak ketiga daripada lima adik-beradik kepada pasangan Hamidun Mat Rasul dan Laila Sarji ini mendapat pendidikan rendah di SK Changkat Jong, Teluk Intan. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Izuddin Shah, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Perkembangan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penglibatan seni[sunting | sunting sumber]

Penglibatannya di dalam pelbagai kegiatan kesenian mula diperlihatkan semenjak zaman persekolahan lagi. [3]

  • 2002 - Naib Johan Peringkat Kebangsaan, Pertandingan Nasyid KESEJADAH Sekolah Menengah
  • 2002 - Johan Pidato Pra-Universiti Peringkat Kebangsaan

Setelah tamat SPM, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya dalam jurusan Matrikulasi Sains Kemanusiaan, sebelum berpindah masuk ke Matrikulasi Undang-undang. Di situ bakat beliau dalam bidang nasyid banyak diasah melalui persembahan-persembahan dan undangan di peringkat dalaman dan luaran. Ketika di UIAM, beliau disunting oleh Hijjaz Music Entertainment sewaktu konsert Hijjaz & In-Team di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya.

Setelah melalui tempoh percubaan selama 3 bulan, akhirnya beliau telah menganggotai UNIC pada tahun 2003, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Afendi yang mengundur diri dari kumpulan tersebut dan telah merakamkan album bersama UNIC selama 4 tahun. Album-album beliau bersama UNIC ialah :

  • 2003 - Album UNIC See You Di IPT (Hijjaz Records / EMI)
  • 2005 - Album UNIC Satu Tekad (Hijjaz Records / EMI)

Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Music Entertainment pada awal tahun 2006, Hafiz Hamidun telah menubuhkan syarikat produksinya sendiri iaitu Arteffects Production yang kini telah dinaik taraf menjadi Arteffects International.[4] Setelah itu, beliau tampil dengan album solo sulungnya berjudul Hafiz Hamidun berkonsepkan Pop Nasyid pada 20 Mac 2007 dengan menampilkan 10 buah lagu dan antara hits utama album ini ialah Cerita Hati, Kesaktian Cinta dan Melihat Bintang.

Kini, beliau lebih dikenali setelah menghasilkan album Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 dan juga album Zikir Terapi Diri 2 yang telah dipersembahkan secara eksklusif ketika mengadakan konsert Zikir Terapi semasa program Nadwah Islamiah MRSM se-Malaysia di MRSM Kubang Pasu pada penghujung Jun yang lalu.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Beliau juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beilau ditawarkan oleh penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam menawarkannya berlakon dalam siri drama, Jalan Kembali terbitan Skop Productions, beliau memegang watak sebagai Dani, seorang bekas mat rempit. Lagu-lagu daripada album Zikir Terapi Diri menjadi lagu latar dalam siri ini.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hafiz Hamidun berkahwin dengan ahli perniagaan kosmetik Joy Revfa pada 1 Mei 2017. Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini. Hafiz dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi. Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Majlis perkahwinan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.[5][6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Siri TV[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
2014 Jalan Kembali Dani Watak utama TV2

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Cerita Hati Hafiz Hamidun (2016)
  • "Jodoh Berdua"(2016)

Pengurusan[sunting | sunting sumber]

Arteffects International

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lagu asal yang dinyanyikan oleh Hafiz untuk persembahannya di Konsert Mikraj Cinta di Istana Budaya (IB) pada 2014 dan kemudiannya diberikan kepada Siti Nurhaliza untuk persembahannya di pementasan teater Sirah Rasulullah yang juga diadakan di IB pada 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]