Hafiz Muhammed Sher Ali Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hafiz Muhammed Sher Ali Khan merupakan tahanan Amerika Syarikat kerana dituduh memungut dan mengirim wang $50,000 kepada aktivis Taliban di Pakistan. Ketika ini beliau merupakan imam Masjid Flagler di Miami, Florida. Amerika Syarikat menyenaraikan Taliban sebagai pertubuhan pengganas asing yang kini beroperasi di Afghanistan dan Pakistan.Taliban Pakistan yang menjalankan pemberontakan bersenjata menentang kerajaan di Islamabad juga menjalinkan hubungan dengan al-Qaeda dan Taliban di Afghanistan.

Masjid Jamaat Al-Mu'mineen terletak di Margate merupakan masjid tertua di Miami.[1]

Pada 24 Mewi 2011, Hakim Barry Garber memerintahkan Hafiz (76 tahun) terus ditahan tanpa diikat jamin kerana bimbang dia akan melarikan diri.[2] Anaknya Izhar Khan (24 tahun) dan empat ahli keluarga turut dituduh dengan tuduhan yang sama. Seorang lagi anaknya Irfan Khan turut ditahan di Los Angeles. Wang itu dipindahkan dari bank Amerika Syarikat ke sebuah bank di Pakistan. Izhar Khan juga merupakan seorang imam di sebuah masjid lain di Florida.

Peguam mereka Khurrum Wahid menafikan tuduhan tersebut. Bantuan tersebut diberikan kepada mangsa perang di sana sahaja. Wang itu bukan bertujuan untuk membeli senjata Taliban.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]