Hafizah (sinetron)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hafizah (Drama lipur lara))
Hafizah
FormatDrama
PenciptaMD Entertainment
Dibintangi oleh
Olivia Lubis Jensen
Galih Ginanjar
Randy Pangalila
Cut Tari
Ferry Salim
Ade Irawan
Ninik Arum Puspitarini
Lagu pembukaanHafizah, Sembilan Band
Lagu penutupHafizah, Sembilan Band
Negara asalIndonesia
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Siaran asalIsnin, 16 November 2009
Kronologi
MengikutiCinta Fitri musim Ramadhan

Hafizah merupakan sebuah Drama lipur lara stripping yang telah ditayangkan oleh SCTV.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sejak dari kecil, Hafizah dibesarkan di rumah anak yatim tanpa mengenal siapa orang tuanya. Hafizah adalah gadis tomboy namun sikapnya yang penyayang menjadikan dia disenangi oleh anak-anak yatim yang lain. Namun sayangnya dia harus meninggalkan rumah anak yatim itu ketika usianya menginjak 18 tahun. Hafizah kemudiannya dibawa oleh sepasang suami isteri iaitu Surya dan Vani untuk bekerja bersama mereka dirumah. Hafizah ditugaskan untuk menjaga seorang nenek yang merupakan ibu Surya, Widuri. Widuri terkenal dengan sikapnya yang cerewet dan pemarah. Selain Widuri, Hafizah juga harus menghadapi kerenah Rian, cucu kepada Widuri. Mereka sering bertengkar, walaupun perkara yang remeh. Kehadiran Hafizah dirumah itu berjaya mengubah sikap Widuri yang selama ini pemarah dan cerewet menjadi seorang yang prihatin. Manakala Rian pula menyedari bahawa pertengkarannya setiap hari dengan Hafizah menimbulkan rasa cinta dihatinya. Namun Arya, iaitu sepupu Rian juga ternyata mencintai Hafizah dalam diam. Maka terjadilah cinta tiga segi diantara mereka. Vani yang tidak merestui hubungan diantara Rian dan Hafizah itu, mula bertindak untuk bersubahat dengan bekas kekasih Rian, Sylvia. Mereka sering membuat rancangan jahat untuk memisahkan pasangan itu namun sering gagal. Kemunculan Wahida, iaitu bekas kekasih Surya, juga merupakan ibu kandung Hafizah cukup membuatkan Vani berasa gelisah kerana bimbang kedudukannya sebagai menantu bakal terancam. Dia kemudiannya meminta pertolongan abangnya, Afzal untuk mengugut dan menghalang Wahida daripada bertemu dengan Surya dan Widuri. Manakala Wahida pula sering mencuba untuk memberitahu Hafizah bahawa dia adalah anak kandungnya bersama Surya namun seringkali dihalang oleh anak bekas majikannya, Kikan. Kikan yang mengetahui bahawa Hafizah adalah anak kandung Surya, mengugut Wahida agar mendiamkan diri dan mendesak Wahida untuk menipu Surya kononnya dia adalah anak kandung mereka. Kikan kemudian menyamar sebagai anak kandung Surya agar dapat mendekati lelaki yang dicintainya, Arya. Akan tetapi kebencian dan iri hati semakin menguasai Kikan setelah melihat kemesraan Hafizah dan Arya. Kikan mula menghasut Surya agar mengusir Hafizah daripada rumah itu. Surya yang termakan hasutan itu segera mengusir dan mengasari Hafizah. Wahida yang menyaksikan semua kejadian itu akhirnya mendedahkan rahsia bahawa Hafizah adalah anak kandung sebenar mereka. Kikan kemudiannya diusir daripada rumah itu. Surya mengahwini Wahida dan menerima Hafizah sebagai anaknya. Sementara itu, rahsia yang disimpan oleh Vani terbongkar juga apabila Surya mengetahui bahawa Rian bukan anak kandungnya. Surya yang berasa marah dan tertipu dengan rahsia itu mengusir Vani dan berhasrat untuk menceraikan Vani namun hasratnya itu dihalang oleh Wahida. Wahida tidak sanggup melihat Vani diceraikan dan mengganggap dirinya orang ketiga dalam rumahtangga mereka itu rela untuk hidup bermadu. Rian yang mengetahui dirinya bukan anak kandung Surya, berasa kecewa lalu membawa diri dan meninggalkan Hafizah. Hafizah yang mengetahui bahawa Rian pergi meninggalkannya, segera mendesak Arya agar mencari Rian namun akhirnya Rian terbunuh apabila Arya secara tidak sengaja telah terlanggar Rian. Sejak kejadian itu, Hafizah mulai membenci Arya dan asyik mengurung dirinya dalam bilik. Dua tahun berlalu, Hafizah akhirnya dapat menerima kenyataan bahawa Rian telah pergi buat selamanya. Hafizah membuat keputusan untuk melanjutkan kembali pelajarannya. Di kolej, Hafizah bertemu dengan Bara, seorang lelaki yang kacak namun pertemuan mereka pasti akan berlakunya pertengkaran. Pertengkaran demi pertengkaran akhirnya menimbulkan perasaan cinta diantara mereka. Kemesraan mereka akhirnya diketahui Alona, gadis yang mencintai Bara sejak kecil lagi. Alona yang cemburu dengan hubungan Bara dengan Hafizah membuat pelbagai rancangan untuk memisahkan Bara dan Hafizah. Alona yang mengetahui bahawa Arya juga mencintai Hafizah, dia kemudiannya mengajak Arya untuk bekerjasama menghancurkan hubungan tersebut. Pada awalnya Arya bersetuju untuk bekerjasama dengan Alona, namun apabila dia menyedari bahawa rancangannya bersama Alona itu hanya membuatkan Hafizah lebih menderita dan ternyata membuatkan cinta Hafizah terhadap Bara semakin kuat, akhirnya Arya mengalah untuk merebut cinta Hafizah dan dia mula membuka hatinya untuk menerima Kikan, gadis yang selama ini tidak dihiraukannya dan setia menanti cinta darinya. Menyedari rancangannya gagal, Alona segera mendapatkan bantuan ibu Bara, Thalita untuk memisahkan Hafizah dan Bara. Bagaimanapun sebagai ibu, Thalita juga tidak sanggup untuk menghancurkan kebahagiaan anaknya sendiri. Akhirnya Thalita mengalah setelah melihat bahawa Bara bahagia bersama Hafizah dan Alona juga mengalah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]