Hafizul Kamal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jangan dikelirukan dengan Mohd Hafiz Kamal.
Hafizul Kamal
KelahiranMohamed Hafizul bin Ahmad Kamal
(1985-04-25) 25 April 1985 (umur 34)
Ipoh, Perak, Malaysia
KediamanBukit Jalil, Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, pengacara
Tahun aktif2012–kini
Ketinggian1.77 m (5 ka 9+1116 in)
Berat73 kg (161 lb; 11.5 st)
PasanganNurul Fariza Ibrahim (k. 2016)
Anak1

Mohamed Hafizul Ahmad Kamal (lahir 25 April 1985) atau Hafizul Kamal ialah seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau merupakan juara rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran, On Air di Astro Ria.

Kehidupan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hafizul Kamal dilahirkan pada 25 April 1985 di Ipoh, Perak. Beliau memiliki ijazah dalam bidang Petrokimia dan Proses.

Pada 23 Mei 2012, beliau menjadi salah seorang daripada 20 peserta rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang penyiaran di Astro Ria, On Air yang turut disertai oleh Dahlia Shazwan, Syakirin Husnal, Hefny Sahad dan CK Faizal, di mana beliau merupakan juara.[1]

Pada tahun 2013, beliau berpasangan bersama rakan seangkatannya dalam On Air, Hefny mengambil bahagian dalam rancangan Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Dato' Aaron Aziz, yang mana mereka merupakan naib juara di belakang Hairul Azreen dan Dazrin Kamarudin yang merangkul gelaran juara.[2]

Hafizul membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem aksi ketenteraan, PASKAL lakonan bersama Hairul Azreen, Ammar Alfian dan Jasmine Suraya Chin yang ditayangkan pada 27 September 2018.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Nurul Fariza Ibrahim yang mesra dengan panggilan Mieja pada 13 Februari 2016.[4] Pada 26 Oktober 2017, beliau dan isteri dikurniakan seorang cahayamata sulung perempuan yang diberi nama Raisya Amanda yang dilahirkan di Pusat Perubatan Rampai Puteri.[5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2018 PASKAL The Movie Imran @ Yan Adrian Teh Filem pertama

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Miranda Izwan TV3 Slot Samarinda
Jauh Dari Cinta Farish Aqil Astro Prima
Hanya Dengan Bismillah 2 Adam TV1
2015 Satu Hari Rizuan TV9 Slot Ratu
Mencintaimu Firdaus TV3 Slot Akasia
2016 Bodyguard Rashid TV3 Slot Aksi
Mr. Boss Miss Stalker Akmal TV3 Slot Dahlia
Sayangku Kapten Mukhriz Zakuan TV3 Slot Akasia
Cinta FB Shah HyppTV
Tentang Hati 2 Malik TV2
2017 Papa Ricky Dr Gibran Astro Prima Slot Tiara

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Pengancam Perkahwinan Elyas Astro Ria
2014 Cahaya Cinta Zahir TV AlHijrah
Dendam Roh Alia Zamri Astro Ria
Abangku Patriot Zaimi TVi
2015 Perangkap Perkahwinan Elyas Astro Ria
Kayaku Kayap Adrian TV3
Dia Imamku Azhar TV3
2017 Bini Muda Tuan Muda TV9

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2012 On Air Astro Ria Dirinya sendiri/Peserta

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MohdnAl Qayum Aziz (26 April 2012). Persaingan hebat 20 peserta ‘On Air’ bermula 23 Mei depan mStar Online. Dicapai pada 5 Mei 2014.
  2. ^ Senarai peserta Fear Factor Malaysia Sensasi Selebriti (28 September 2012). Dicapai pada 6 Mei 2013.
  3. ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai 29 September 2018. 
  4. ^ Hari bahagia Hafizul, Mieja Harian Metro (11 Januari 2016). Dicapai pada 26 April 2018.
  5. ^ Hafizul Kamal selamat timang anak pertama Astro Gempak (26 Oktober 2017). Dicapai pada 6 Mei 2018.
  6. ^ Dedah wajah anak, pelakon Hafizul Kamal pilih nama Raisya Amanda Astro Awani (5 Disember 2017). Dicapai pada 6 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]