Hafsah Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk (Dr) Hafsah Hashim, dilahirkan di Johor Bahru, Johor, merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), sebuah agensi Penyelaras Pusat di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selama lebih 15 tahun. Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pharmaniaga.

Kini beliau merupakan ahli Lembaga Pengarah, Zurich Takaful Malaysia Berhad, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM Berhad) dan MAIWP Dagang. Beliau juga merupakan Penasihat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bank Islam Malaysia Berhad, selain menjadi Pengerusi Serunai Commerce dan Usains Holdings, sebuah syarikat korporat di bawah naungan Universiti Sains Malaysia.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Hafsah Hashim memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (BEng) dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Aston University, United Kingdom. Beliau juga merupakan graduan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban.

Kini, beliau merupakan Presiden Persatuan Murid-Murid Tua MGC/TKC OGA sehingga tahun 2023, menggantikan Tan Sri Datuk Dr Rafiah Salim.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bekerja di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Pertanian dan Kementerian Perusahaan Utama. Beliau dilantik sebagai Ahli Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), Ahli Majlis bagi beberapa Majlis di bawah Pelan Induk Perindustrian (IMP 3), dan sebagai jawatankuasa kerja beberapa persatuan industri. Beliau juga dilantik oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebagai Penasihat kepada Kajian G-G IDS Yaman: Cadangan Strategi Pembangunan Perindustrian Yaman.

SME Corp Malaysia[sunting | sunting sumber]

SME Corp ditubuhkan pada 1 September 2009 dan Datuk Hafsah Hashim sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya. Datuk Ir Mohamed Al Amin Abdul Majid sebagai Pengerusi SME Corp. Perlantikan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pejabat SME terletak di Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral di Kuala Lumpur Sentral.[1]Dari 2009-2014, sebanyak 97 syarikat PKS telah berjaya.[2]

Antara sasaran SME Corp Malaysia ialah mewujudkan 100 syarikat yang diperakui dengan Tanda Keunggulan Kebangsaan Jenama Malaysia, satu pensijilan yang menggambarkan kualiti, kecemerlangan dan keunikan produk dan perkhidmatan oleh firma-firma tempatan. SME Corp mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi pembangunan PKS yang lain secara bilateral di peringkat global.

Usahawan wanita ditingkatkan menerusi Program Latihan bagi Usahawan Wanita di kalangan negara OIC di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), National Convention untuk Usahawan Wanita, kursus latihan bulanan dalam meningkatkan kemahiran pemasaran untuk usahawan wanita, penanda arasan dan berkongsi Amalan Terbaik untuk Usahawan Wanita dengan kerjasama bersama dengan NPC dan FEM, penerbitan Direktori usahawan wanita, dan program-program latihan di luar negara dan misi kajian untuk usahawan wanita.[3]

Pembangunan Wanita[sunting | sunting sumber]

Kerana cinta terhadap pembangunan dan kepemimpinan wanita di Malaysia, beliau menumbuhkan Yayasan Kepemimpinan Wanita (Women Leadership Foundation) bersama Tan Sri Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir dan Dato' Hazimah Zainuddin pada tahun 2021.

Antara program yang dilaksanakan dan diilhamkan beliau untuk memastikan usahawan wanita menyumbang di dalam pembangunan ekonomi negara adalah seperti berikut:

  • National Women Entrepreneur Award
  • National Convention for Women Entrepreneurs
  • Publication of the Directory of Women Entrepreneurs
  • Training Programme for Women Entrepreneurs among OIC Member Countries under the Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP)
  • Overseas training programmes and study missions for women entrepreneurs'

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Untuk membalas jasa beliau, pihak kerajaan dan sektor swasta telah menganugerahkan beliau dengan anugerah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hafsah Hashim terajui SME Corp". Utusan Malaysia. 22 Ogos 2009.
  2. ^ "Sasar 100 firma Tanda Keunggulan Kebangsaan Jenama Malaysia". Utusan Malaysia. 22 Mei 2014.
  3. ^ "Dato' Hafsah Hashim". 18 nov 2011. Check date values in: |date= (bantuan)