Haikyu!!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Haikyu!!
Fail:Haikyū Volume 1.jpg
Cover of the first volume featuring Tobio Kageyama (left) and Shoyo Hinata (right).
ハイキュー!!
(Haikyū!!)
GenreKomedi,[1] coming-of-age,[2] sukan[3]
Manga
PengarangHaruichi Furudate
PenerbitShueisha
Penerbit Lain
DemografikShōnen
PencetakanJump Comics
Majalah AsalWeekly Shōnen Jump
Tarikh PengeluaranFebruary 20, 2012 – kini
Jilid42 (Senarai jilid-jilid)
Siri anime televisyen
Pengarah
  • Susumu Mitsunaka (seasons 1–3)
  • Masako Sato (season 4)
Penerbit
  • Wakana Okamura
  • Shinya Shinozaki
  • Toshihiro Maeda
  • Tomoyuki Saitō
  • Fumi Morihiro
  • Kozue Kananiwa
Skrip/PenulisTaku Kishimoto
Lagu/Muzik
StudioProduction I.G
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalJNN (MBS)
Tarikh tayanganApril 6, 2014 – kini
Episod85 + 4 OVAs (Senarai episod)
Portal Anime dan Manga

Haikyu!! (ハイキュー!!, Haikyū!!) ialah sebuah siri manga shōnen karya Haruichi Furudate diterbit dalam majalah Weekly Shōnen Jump sejak Februari 2012. Sebanyak 42 buah jilid tankōbon diterbitkan Shueisha setakat 2020. Suatu siri TV anime mengadaptasi manga ini oleh Production I.G mula ditayangkan sejak April 2014.

Karya ini memenangi kategori shōnen dalam acara Anugerah Manga Shogakukan ke-61 pada tahun 2016. Sebanyak 35 juta salinan cetakan terjual setakat Disember 2019.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Shōyō Hinata, seorang pelajar sekolah menengah tinggi mula tertarik sukan bola tampar meskipun sendiri berketinggian agak pendek untuk sukan tersebut. Namun, pasukan mereka dikalahkan habis-habisan suatu pasukan handalan pimpinan dalam Tobio Kageyama suatu pertandingan peringkat sekolah tinggi; peristiwa ini mencalar hati Hinata yang bersumpah kepada diri untuk berlatih bersungguh-sunggu menumpaskan Kageyama.

Hinata memilih pergi ke sekolah pemain kegemarannya, Sekolah Tinggi Karasuno, namun mendapat kejutan besar apabila Kageyama didapati telah masuk juga. Maka, Hinata dan Kageyama dengan rasa berat hatinya mula berkawan dan cuba memahirkan diri bersama agar pasukan sekolah mereka dapat mara ke peringkat kebangsaan Jepun.

Barisan watak[sunting | sunting sumber]

Manga ini menumpu asasnya kepada pasukan Sekolah Tinggi Karasuno yang sering diberi jolokan "sang Gagak" (カラス, 烏 - nama "Karasuno" 烏野 itu sendiri bermaksud "Padang Gagak"):

  • Shoyo Hinata (日向 翔陽, Hinata Shōyō) - posisi blocker, meskipun beradan kecil namun staminanya agak menawan hati rakan sepasukannya. Dia berwatakan riang dan penuh semangat
  • Tobio Kageyama (影山 飛雄, Kageyama Tobio) - posisi setter. Dia panas baran dan adakalanya angkuh - sifat angkuhnya menyisihkannya daripada rakan sepasukan sekolah menengah tinggi dahulu, namun mula melembut hati berkenalan dengan Hinata.
  • Daichi Sawamura (澤村 大地, Sawamura Daichi) - posisi kapten, tegas namun sangat memahami rakan sepasukannya.
  • Kōshi Sugawara (菅原 孝支, Sugawara Kōshi) - posisi naib kapten, mahir memimpin pasukannya saat genting serta memikirkan taktik serangan.
  • Kei Tsukishima (月島 蛍, Tsukishima Kei) - posisi middle blocker, pemain paling tinggi dalam pasukan. Aagak memandang rendah Hinata dan Kageyama saat mereka berkenalan.
  • Tadashi Yamaguchi (山口 忠, Yamaguchi Tadashi) - posisi middle blocker, sahabat Tsukishima sejak kecil. Dia pemalu tapi berazam tinggi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Haikyu!!". Sentai Filmworks. Dicapai pada August 13, 2018.
  2. ^ Begley, Josh (February 8, 2016). "Haikyu!! Collection 2 Anime DVD Review". The Fandom Post. Dicapai pada March 9, 2020. This is a bildungsroman just as much as it is a sports story, only the “coming of age” story here involves the entire team and not just the dual protagonists.
  3. ^ "The Official Website for Haikyu!!". Viz Media. Dicapai pada October 28, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]