Pergi ke kandungan

Haim Hilman Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haim Hilman Abdullah
Haim Hilman pada tahun 2024
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Menyandang jawatan
21 Ogos 2023
(Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi)
RajaSultan Sallehuddin
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Didahului olehKu Abdul Rahman Ku Ismail
(Industri dan Pelaburan, Sains dan Teknologi dan Inovasi, Pengajian Tinggi)
Kawasan pilihan rayaJitra
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
bagi Jitra
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMukhriz Mahathir
(PEJUANG)
Majoriti23,172 (2023)
Naib Canselor
Universiti Utara Malaysia ke-9
Dalam jawatan
17 Januari 2022 – 18 Januari 2023
Didahului olehAhmad Bashawir Abdul Ghani
Digantikan olehMohd Fo'ad Sakdan
Maklumat peribadi
Lahir (1973-02-04) 4 Februari 1973 (umur 52)
Tanjung Malim, Perak
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS) (2023–kini)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN) (2023–kini)
Tempat belajarUniversiti Putra Malaysia (2005–2009)
Universiti Portsmouth (1998–1999)
UiTM (1991–1996)

Dr. Haim Hilman bin Abdullah (lahir 4 Februari 1973) merupakan ahli politik dan akademik Malaysia. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (EXCO) dalam pentadbiran negeri Perikatan Nasional (PN) di bawah Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) bagi Jitra sejak Ogos 2023.[1][2][3] Beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Januari 2022 hingga Januari 2023.[4] Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Haim Hilman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Selisek, Hulu Selangor dan Sekolah Menengah Khir Johari, Tanjung Malim sebelum melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma UiTM dan kemudian ke Universiti Portsmouth United Kingdom pada 1996.

Beliau telah memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Portsmouth, United Kingdom. Beliau turut memperoleh ijazah kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia.[4]

Isu dan tengkarah

[sunting | sunting sumber]

Tempoh perkhidmatan dipendekkan

[sunting | sunting sumber]

Haim Hilman telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa pada 17 Januari 2022. Pelantikan beliau dibuat bagi menggantikan Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani yang telah berkhidmat selama tiga tahun.[4] Pada Disember 2022, Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan tempoh perkhidmatan beliau disingkatkan.[5] Menteri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemendekkan tempoh khidmat Haim Hilman disebabkan terdapat aduan membabitkannya.[6]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Kedah[7]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2023 N06 Jitra Haim Hilman Abdullah (PAS) 34,342 75.46% Sabrina Ahmad (PKR) 11,170 24.54% 45,792 23,172 72.62%

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Kedah". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-17.
  2. ^ "N.06 Jitra". mmk.kedah.gov.my.
  3. ^ "YB. DR. HAIM HILMAN BIN ABDULLAH". mmk.kedah.gov.my.
  4. ^ a b c "Haim Hilman dilantik Naib Canselor baharu UUM". www.bharian.com.my. 19 January 2022.
  5. ^ "Tempoh perkhidmatan Haim Hilman selaku NC UUM disingkatkan". BHarian. 20 Disember 2022. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  6. ^ "Tempoh perkhidmatan Haim Hilman dipendekkan kerana ada aduan". Sinar Harian. 6 Februari 2023. Dicapai pada 21 Julai 2023.
  7. ^ "The Star Online GE15 in Kedah". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "Carian Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". eservices.kedah.gov.my.