Hairul Azreen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hairul Azreen
KelahiranHairul Azreen bin Idris
(1988-04-23) 23 April 1988 (umur 31)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon, pelagak ngeri
Tahun aktif2008-kini
Ketinggian1.78 m (5 ft 10 in)
PasanganHanis Zalikha (berkahwin 2015)
AnakYusuf Iskandar

Hairul Azreen bin Idris atau lebih dikenali sebagai Hairul Azreen (lahir 23 April 1988) merupakan pelakon lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelagak ngeri sebelum menjadi pelakon, beliau merupakan Juara Fear Factor Malaysia Musim 1 bersama Dazrin Kamarudin.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hairul Azreen dilahirkan pada 23 April 1988 di Kuala Lumpur kepada ibu bapanya Idris Ali dan Habsah Desa. Beliau mempunyai adik-beradik seramai empat orang, beliau ialah anak kedua. Hairul berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hairul memulakan kerjaya awalnya sebagai pelagak ngeri untuk beberapa filem tempatan.[1] Drama pertama lakonannya ialah menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin, Rona Roni Makaroni yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Sharifah Sofia, Wan Sharmila, Bront Palarae dan Azma Aizal Yusoof. Ia diikuti oleh peranan pembantu dalam siri drama cereka sains Bio-Nik lakonan Kamal Adli pada 2009.

Hairul kemudiannya bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi drama seram misteri Ponti Anak Remaja lakonan Liyana Jasmay.[2] Beliau membuat penampilan pertama di layar lebar menerusi filem Senario The Movie Ops Pocot arahan Ismail Bob Hashim lakonan kumpulan Senario. Hairul kemudian menjayakan peranan pembantu sebagai Akim dalam filem Hantu Kapcai arahan Ghaz lakonan Zizan Razak dan Remy Ishak.[3] Hairul juga muncul sebagai pelakon dalam muzik video lagu "Cinta Muka Buku" nyanyian Najwa Latif.

Pada tahun 2013, beliau bersama pelakon Dazrin Kamarudin menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Aaron Aziz. Hasilnya, beliau dan Dazrin dinobatkan sebagai juara.[4][5][6][7] Selain itu, beliau berlakon di samping Ako Mustapha, Zed Zaidi, Zul Yahya, dan Zarina Zainuddin dalam siri 5 Bujang arahan sulung Eizlan Yusof bersiaran di Slot Cindai TV1. Ia mengisahkan tentang lima sahabat, Tarmizi, Benn, Otai, Johari dan Borhan, yang menyewa sebuah rumah tidak mempunyai pendidikan tinggi, namun mengambil berat antara satu sama lain.[8]

Hairul mendapat perhatian meluas menerusi watak sebagai Airiel dalam drama perubatan, Misiku Kuza yang dibintangi oleh Erin Malek dan Arja Lee. Teman wanitanya ketika itu, pelakon Faralyna Idris turut berlakon.[9] Selain itu, Hairul bersama Faralyna menjayakan peranan utama dalam filem arahan V. Nagaraj, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan dari filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan lakonan Faizal Hussein. Beliau memegang watak Afiq yang berasal dari keluarga kaya dan minat perlumbaan motosikal serta gemar menari.[10] Filem ini turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, Fizz Fairuz dan Bella Dally.

Beliau bersama isteri Hanis Zalikha muncul dalam rancangan Hairul & Hanis Junior yang bersiaran di Astro Ria, kemudian diikuti oleh My Little Heroes: Yusuf & Bujibu yang menampilkan anaknya, Yusuf Iskandar sebagai tunjang utama.[11][12] Hairul membintangi filem bomba pertama Malaysia, Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib.[13][14][15]

Pada 27 September 2018, Hairul merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Ammar Alfian; memegang watak sebagai Arman.[16][17] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial.[18]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Faralyna Idris sekitar 2011 dan berhasrat untuk berkahwin dengannya.[19] Namun, hubungan mereka berakhir pada Februari 2013.[20] Beliau berkahwin dengan pelakon, pengacara dan blogger Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015.[21][22] Bersama Hanis, beliau dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016.

Pada 26 Januari 2018, beliau telah dipanggil oleh pihak polis bagi memberi keterangan di Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah berhubungan penyebaran rakaman video berdurasi 49 saat yang menunjukkan Hairul melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah jenis SK500, dimiliki bapa saudaranya berusia 70 tahun, yang turut kelihatan dalam video berkenaan di Kampung Parit Jerman, Sitiawan dan mendakwa aksi menembak itu dirakam dua tahun lalu dan tidak menyangka video itu tersebar luas.[23][24][25]

Beliau sekali lagi menjadi bualan hangat apabila video ‘aksi terbang’ miliknya menjadi tular di media sosial pada Februari 2018. Aksi Hairul yang menaiki eskalator dengan gaya meniarap di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu telah mendapat kecaman hebat daripada netizen.[26]

Hairul dilaporkan mengalami kecederaan semasa melakukan aksi terjun untuk filem Wira pada 1 Mei 2019, yang menyebabkan ligamen kakinya terkoyak.[27][28]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem/drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2011 Senario The Movie Ops Pocot Maman Ismail Bob Hashim Filem pertama
2012 Keramat Nasti Azhari Zain
Hantu Kapcai Akim Ghaz Abu Bakar
2013 Gila-Gila Remaja 2 Afiq V. Nagaraj
2017 Pak Pong Muda Fauzi Nawawi
Pencuri Hati Mr. Cinderella Boy Ahmad Idham
2018 Qhaliq Qhaliq Rosli Mohd Taib
PASKAL Arman @ Jerung Adrian Teh
Operasi X Pablo Sandosh Kesavan
Polis EVO 2 Zul Joel Soh, Andrew Chiew
2019 Wira dagger Adrian Teh Pos-produksi
TBA Impak Maksima 2 dagger Ahmad Idham Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Rona Roni Makaroni Boy Astro Ria
2009 Bio-Nik Hairul TV3
Senandung Si Dayang
Merah Puteh Beego
2010 Mahabbah De Laila Wa'ad TV9
Ponti Anak Remaja Farid Astro Ria
2011 Dingin Lavenda Tajul TV3
Asmara 2 Fikri
2012 Sirrun Khalid TV9
Indera Joned Aiman TV3
Setia Hujung Nyawa Ikram
2013 Anak Bertuah Lokman TV2
5 Bujang Tarmizi TV1
Misiku Kuza Musim 1 Airiel Astro Ria
2014 Misiku Kuza Musim 2
Baby Ana Milik Siapa? Reza TV3
2015 Salam Dari Seoul Aiman TVi
2016 Dia Semanis Honey Adam Hazrul Astro Ria
2018 Pelangi Cinta Rahman TV3
2019 Merah Mawar Di Kundasang Ashraf TV Okey

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Siti Tivi Astro Ria
2010 Fotokopi TV2
2012 Korban Kasih Imran TV AlHijrah
2013 7 Dulang Asam Pedas TV1
Untuk Terakhir Kali Shah Astro Ria
Banglo Seksyen 2 Helmi
Syawal Buat Abang Rustam TVi
Awang Senandung Awang TV9
Aku Bukan Buaya Farell Redza TV3
2014 Penunggu Bayang Ariff Astro Mustika HD
Sayang Saranghae Remy TVi
Diari Dewi Adrian TV9
Ku Akui Wafi TV1
Bermulanya Di Sini Amir TV AlHijrah
2015 Ibu Mummy Mama Faiz TV2
Dalam Pelukan Ramadhan Shah Eizlan Astro Ria
2016 Jangan Ambil Botol Itu Jamal TV9
Lara Cinta Qaseh TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Peserta Astro Ria berpasangan bersama Dazrin Kamarudin
Betul ke Bohong? Musim 4 Artis jemputan Astro Warna
2014 Betul ke Bohong? Musim 5
2016 Hairul & Hanis Junior Dirinya sendiri Astro Ria
2017 Running Man Challenge Hydrated by 100PLUS
2018 My Little Heroes: Yusuf & Bujibu
2019 Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega 2018 Juri Astro Warna

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Penyanyi
2011 "Cinta Muka Buku" Najwa Latif

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2008 Pencarian Kacak Bergaya 2008 Tempat ke-3 N/A Menang
2013 Fear Factor Selebriti Malaysia Juara (bersama Dazrin Kamarudin) Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Couple MeleTOP Hanis Zalikha & Hairul Azreen Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (22 Mei 2017). "'Saya Budak Rempit, Orang Susah' - Hairul Azreen". mStar Online. Dicapai 17 April 2018. 
  2. ^ Raja Intan Dianna Raja Azham (20 Oktober 2010). "Ponti Anak Remaja iras Twilight". Utusan Malaysia. Dicapai 21 Mac 2015. 
  3. ^ "Hantu Kapcai cerita selepas mati". Kosmo!. 7 Oktober 2012. Dicapai 5 Mac 2013. 
  4. ^ Ana Ghoib (2 April 2013). Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Malaysian Review. Dicapai pada 8 April 2014.
  5. ^ Nor Atieyah Yusof (2 April 2013). Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Sinar Harian. Dicapai pada 8 April 2013.
  6. ^ Muzaffar Mustafa (30 Mac 2013). Hairul & Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Astro Awani. Dicapai pada 8 April 2014.
  7. ^ Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia mStar Online. Dicapai pada 8 April 2013.
  8. ^ Keletah 5 Bujang Sinar Harian (8 Januari 2013). Diperoleh pada 12 April 2018.
  9. ^ Marina Shabudin (9 Mei 2013). Misiku Kuza bukan drama biasa Sinar Harian. Dicapai pada 22 Februari 2017.
  10. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (23 Mac 2013). Gila-Gila Remaja 2 ala Bollywood Sinar Harian. Diperoleh pada 10 April 2018.
  11. ^ Zaidi Mohamad (2 Disember 2016). "Hanis, Hairul asuh sendiri Yusuf Iskandar, demi ilmu keibubapaan". Berita Harian. Dicapai 5 Mac 2018. 
  12. ^ "Yusuf, Bujibu dalam program realiti My Little Heroes". Kosmo!. 11 Januari 2018. Dicapai 5 Mac 2018. 
  13. ^ Lokman Hakiem Abd. Samad (3 April 2018). "Kisah anggota bomba 'Qhaliq' temui penonton 5 April". Utusan Malaysia. Dicapai 14 April 2018. 
  14. ^ Dennis Chua (1 Jun 2018). "#Showbiz: Tough Hairul Azreen goes firefighting". New Straits Times. Dicapai 24 Ogos 2018. 
  15. ^ Shazryn Mohd Faizal (20 Jun 2018). Tiada apa yang hebat tentang ‘Qhaliq’ mSTAR Online. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  16. ^ Michelle Gun (14 Mac 2018). "Impian Hairul jadi nyata". Harian Metro. Dicapai 29 September 2018. 
  17. ^ Asraf Aided (19 September 2018). ""Watak Itu Kontra Dengan Diri Saya, Penat Nak Lakonkan" - Hairul Azreen Kongsi Pengalaman Berlakon PASKAL The Movie". Astro Gempak. Dicapai 29 September 2018. 
  18. ^ "Filem 'Paskal' diinspirasikan oleh kisah benar". Astro Awani. 5 Mac 2018. Dicapai 29 September 2018. 
  19. ^ Mohd Ifqdar Abd Rahman (7 September 2011). Hairul, Faralyna bercinta Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 April 2014.
  20. ^ Khairul Amri Hassan (9 Februari 2013). Putus cinta, Hairul Azreen mengaku salah Kosmo!. Diperoleh pada 9 April 2014.
  21. ^ Bercinta? kami tak sorok Utusan Malaysia (20 Oktober 2013). Diperoleh pada 9 April 2014.
  22. ^ Zaidi Mohamad (8 Jun 2015). Takdir terindah Hairul Azreen-Hanis Zalikha akhirnya disatukan Berita Harian. Diperoleh pada 9 April 2018.
  23. ^ Farah Suhaidah Othman (26 Januari 2018). "Hairul Azreen akui kesilapan". Berita Harian. Dicapai 14 April 2018. 
  24. ^ Sayed Hesham Idris (26 Januari 2018). "[VIDEO] Aktor Hairul Azreen diminta tampil beri keterangan kes lepaskan tembakan". Utusan Malaysia. Dicapai 14 April 2018. 
  25. ^ "Actor admits to using firearm without licence". The Sun Daily. 26 Januari 2018. Dicapai 14 April 2018. 
  26. ^ Wawann Mohd (1 Februari 2018). "Aksi 'Terbang' di eskalator, Hairul Azreen beri penjelasan". Sinar Harian. Dicapai 14 April 2018. 
  27. ^ Farhana Ab Rahman (3 Mei 2019). "Hairul Azreen cedera lakon babak aksi". Berita Harian. Dicapai 5 Mei 2019. 
  28. ^ Qarami Hashim (3 Mei 2019). "Ligamen kaki Hairul Azreen putus ketika buat 'stunt' terjun dari tingkat 2". mStar Online. Dicapai 5 Mei 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]