Haji 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ibadah haji 2009 dilakukan oleh umat Islam sepanjang bulan November dan Disember 2009 di Arab Saudi. Ibadat haji merupakan Rukun Islam kelima; menunaikan haji di Makkah bagi orang yang berkemampuan. Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jummat 27 November.Setiap amalan dalam haji merupakan manifestasi ketaatan dan ketakwaan Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail kepada suruhan tuhan dalam menguji keimanan pada diri mereka kepada tuhan.

Jangan politikkan haji[sunting | sunting sumber]

Pada 19 November 2009, Liga Islam Sedunia (Rabitah al-A”lami al-Islami) menyeru jemaah haji jangan berpolitik di Makkah kerana akan menyusahkan pengurusan haji, keselamatan awam dan keselesaan jemaah haji. Setiausaha Agungnya, Abdullah Abdul Mohsin Al-Turki menggesa umat Islam mencontohi badah haji yang dilakukan Nabi Muhammad. Seminar Haji peringkat Asia Tenggara telah diadakan di Mekah bagi memberikan penerangan kepada jemaah sebelum acara kemuncak diadakan di padang Arafah.

Selepas Revolusi Iran pada 1979, pengikut Syiah dari negara Iran membawa membawa bendera negara itu ketika mengadakan sa'ie, wukuf dan lain-lain. Sedangkan majoriti umat Islam dari kalangan Sunni. Kerajaan Arab Saudi berusaha menghalang pengaruh Syiah disebarkan semasa ibadah haji kerana akan mencetuskan kekecohan. Tambahan pula sistem feudal yang diamalkan di Arab Saudi tidak selaras dengan perkembangan demokrasi di dunia Islam apalagi antarabangsa.[1]

Helikopter kerajaan Arab Saudi berlegar-legar setiap masa di ruang udara bagi memantau keadaan 2.5 juta jemaah haji. [2]

Jemaah haji haram[sunting | sunting sumber]

Gabenor Mekah, Putera Khaled Al-Faizal seperti dipetik oleh akhbar Arab News menyatakan 1 juta jemaah haji haram dari kalangan penduduk tempatan mengerjakan haji. Kehadiran mereka menjejaskan peluang jemaah haji luar negara.Penduduk tempatan yang pernah mengerjakan haji perlu menunggu lima tahun sebelum dibenarkan lagi melakukan ibadat itu bagi mengelak kesesakan di sekitar Masjidil Haram. Mereka menyelinap masuk melalui kumpulan-kumpulan jemaah dari luar negara bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.

Jemaah yang melanggar visa haji telah berjaya dikurangkan sebanyak 80 % iaitu dari 480,000 kepada 40,000 orang. Abdul Aziz Abdullah Al-Khudheiri menyatakan kerajaan terpaksa menghukum mereka yang melanggar peraturan visa.[3]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyediakan 14 hospital di Mekah dengan 2,782 katil, termasuk 244 katil unit-unit penjagaan intensif dan 287 katil di wad kecemasan. 10,000 petugas kesihatan termasuk 100 doktor, 60 daripada mereka pakar asing bagi penyakit berjangkit serta 147 jururawat asing menjaga kesihatan jemaah haji. Mereka terdiri daripada rakyat Arab Saudi, negara Arab lain dan Amerika syarikat.

Adsa 35 pusat-pusat kesihatan kekal di Mekah, sembilan pusat kesihatan bermusim di sepanjang Lebuh Raya Mekah-Madinah dan empat pusat di Masjidil Haram di Mekah, 28 pusat-pusat kesihatan di Mina, 46 di Arafah dan enam di Muzdalifah.[4]

Menteri Kesihatan Dr Abdullah Al-Rabeeah memaklumkan bahawa 12 pesakit Influenza A (H1N1) dirawat manakala 8 kes sedang dalam pemerhatian.

Banjir[sunting | sunting sumber]

Pada 25 - 26 November, hujan lebat yang turun menyebabkan Jeddah dan beberapa batang jalan raya menuju ke Makkah kebanjiran. Cuaca hujan ini jarang berlaku pada permulaan musim haji. Malah hujan lebat tidak pernah berlaku di kota suci umat Islam ini sejak beberapa tahun lalu.[5]

Wukuf di Arafah[sunting | sunting sumber]

Padang Arafah dibanjiri jemaah haji seramai 2.5 juta orang termasuk 29,000 dari Malaysia.[6]. Luas padang Arapang ialah 10.4 km persegi, terletak kira-kira 21.9 km dari Mekah. di sinilah kemuncak ibadah haji apabila jemaah haji berhimpun dan ribuan khemah putih disediakan oleh pihak muassasah .

Hujan lebat turun pada petang 25 November 2009 menyebabkan khemah di Arafah diterbangkan angin dan basah teruk. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom menyatakan Tabung Haji terpaksa menyelaraskan semula pergerakan jemaah haji.[7]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom menyampaikan khutbah secara berasingan di padang Arafah. Khutbah itu disampaikan sebelum Zohor di hadapan 600 petugas Tabung Haji . Selepas berhimpun di Arafah sehingga maghrib, jemaah haji akan beredar ke Mudzalifah bagi mengutip anak batu untuk melontar tiga jamrah di Mina.

Melontar di Jamrah[sunting | sunting sumber]

Jambatan Jamrat 5 tingkat disediakan bagi memudahkan jemaah haji melakukan ibdah melontar batu di Jamrah bagi mengelakkan kesesakan. Komander Pertahanan Awam di Jamrat Brig Zuhair Sibiyah menyatakan laluan itu mampu menampung 300,000 sejam.

Laluan Jalan Raja Fahd akan ke tingkat pertama .Jemaah dari Jalan Al-Jawhara akan melontar di tingkat bawah. Jemaah dari Jabal Kabish akan masuk ke tingkat tiga jambatan. Jemaah datang dari Mekah masuk ke tingkat satu. Jemaah haji yang ramai datang dari Muzdalifah di tingkat bawah.

Keselamatan dipantau oleh 1,300 anggota pertahanan awam dan tentera menerusi CCTV dan beberapa helikopter.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]