Haji Murad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi the novel by Leo Tolstoy, lihat Haji Murat (karya).
Haji Murad

Haji Murad atau Haji Murat (Bahasa Rusia: Хаджи-Мурат; Bahasa Avar: Khadji Murad) ( 1790s - April 23 (N.S. May 5), 1852) ialah seorang ketua penting Avar sewaktu zaman penentangan (pada tahun 1811 sehingga 1864) kaum-kaum penduduk Dagestan dan Chechnya terhadap Empayar Rusia. Mereka menentang penyerapan wilayah tersebut ke dalam empayar Rusia.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Bersekutu dengan Rusia[sunting | sunting sumber]

Haji Murad tinggal di Caucasus dan merupakan saudara angkat Omar, Pakkou-Bekkhe, anak Khanum Khunzak. Haji Murad terlibat dalam pembunuhan Gamzat-bek semasa solat Jumaat dalam tahun 1834, sebagai membalas dendam pembunuhan Khanum dan anak-anaknya oleh Gamzat-bek. Saudara Murad, Osman, terbunuh dalam pertempuran dengan murid Gamzat-bek.

Haji Murad menyokong pihak Rusia buat seketika, bagi mengimbang balas apa yang dilihatnya sebagai pengaruh pergerakan Murid. Lawannya, Akhmet Khan, mula melemahkan kepercayaan Rusia terhadap Murad, sehinggakan mereka menangkapnya ‐ yang dilaksanakan oleh Ahmet Khan. Jeneral Mikhail Semyonovich Vorontsov menuntut yang beliau di bawa ke markas besar Rusia. Haji Murad merancang untuk melepaskan diri dengan melontarkan dirinya ke dalam gaung di pinggir sebuah genting. Pihak Rusia bertanggapan beliau telah maut, namun salji telah melembutkan kejatuhannya dan beliau menyorokkan diri sepanjang musim sejuk. Oleh sebab buruk sangka Rusia, beliau memustakan untuk menyokong Imam Syamil, yang memberinya gelaran "Naib".

Perbuatan handal dan pehidmatan di bawah Syamil[sunting | sunting sumber]

Perbuatan-perbuatan handal dan pakaian merahnya menyebabkan beliau diberi nama berian "Syaitan Merah" daripada pihak Rusia. Selepas satu serbuan yang tidak berkesan ke atas markas Rusia di Temir-Khan-Shura, khabar angin tersebar yang beliau telah menyembelih kesemua orang Rusia yang berada di dalam hospital dan menghiris mereka seperti shashlik, yang ditinggalkannya untuk dimakan oleh orang Rusia yang tidak sedar akan hal ini. mahupun tidak benar, khabar angin dipercayai orang Rusia dan merosakkan nama baik Murad.

Pembelotan ke pihak Rusia[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1852, pergeseran berlaku antara beliau dan Imam Syamil, apabila Syamil menamakan anaknya, Khazi Muhammad, sebagai penggantinya. Syamil dan naib-naibnya merumuskan, dalam satu mesyuarat rahsia, bahawa Haji Murad harus dibunuh. Seorang naib yang tidak diketahu namanya telah memberi amaran kepada Haji Murad dan beliau sempat menyelamatkan diri, akan tetapi keluarganya masih di tangan Syamil. Haji Murad menyerah diri kepada pihak Rusia yang mengagumi tetapi tidak mempercayainya. Beliau berkali-kali meminta diberikan anggota dan senjata bagi menyerang Syamil dan menyelamatkan ahli keluarganya, akan tetapi tidak menerima kata putus. Beliau dibenarkan berpindah dari Tblisi ke pekan kecil Islam bernama Noukkha (di dalam Azerbaijan masa kini) dengan diiringi tentera Kozak. Haji Murad merancang melepaskan dirinya dan pada April 24 (takwim lama), tahun 1852, semasa beliau menunggang kuda, pengawal pengiring di serang hendap dan dibunuh. Namun, garison tempatan, yang dipimpin Kolonel karganov, berjaya menjejak Murad. Pihak Rusia disertai ramai anggota puak tempatan, termasuk anak Ahmed Khan dan Haji Murad terkorban dalam pertempuran berikutnya. Anak Ahmad Khan memenggal kepala Murad dan mengirimnya ke Tblisi, di mana ianya diawet dankemudiannya dikirim kepada maharaja, Tsar Nikolai I.

Tolstoy menempatkan kematian Murad hampir dengan menara masjid Belarjik (mungkin berhampiran jalan di antara Shaki dan Qax) tetapi penanda makam peringatan diletak pada selatan tempat itu.[1]

Dalam cereka[sunting | sunting sumber]

Novel Leo Tolstoy (penerbitan posthumus) Haji Murat (1912) merupakan cereka kisah perjuangan Murad menentang Empayar Rusia. Gambarnya juga di dapati dalam novel My dagestan karya penulis Avar, Rasul Gamzatov.

Agi Murad il diavolo bianco (1959) – dalam bahasa Melayu, Pendekar Putih – ialah filem Itali berkaitan kisah perjuangan Murad. Murad dilakonkan oleh Steve Reeves.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elliott, Mark (2010). "Azerbaijan with excursions to Georgia" (4th edition). m/s. 229.

Senarai bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]