Pergi ke kandungan

Hak mengundi wanita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hak mengundi wanita ialah hak wanita untuk mengundi dalam pilihan raya. Pada awal kurun ke-18, sesetengah orang berusaha untuk mengubah undang-undang pengundian untuk membenarkan wanita mengundi. Pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa ditubuhkan untuk menyelaraskan usaha ke arah hak tersebut, terutamanya oleh Perikatan Hak Mengundi Wanita Antarabangsa, yang ditubuhkan pada 1904 di Berlin, Jerman.[1]

Pergerakan hak mengundi

[sunting | sunting sumber]
Selepas menjual rumahnya, aktivis British, Emmeline Pankhurst sentiasa mengembara, memberikan ucapan di seluruh Britain dan Amerika Syarikat. Salah satu ucapannya yang paling terkenal, Kebebasan atau kematian, telah disampaikan di Connecticut pada tahun 1913.

Pergerakan hak mengundi adalah luas, terdiri daripada wanita dan lelaki dengan pelbagai pandangan. Dari segi kepelbagaian, pencapaian terbesar pergerakan hak mengundi wanita abad ke-20 adalah asas kelasnya yang sangat luas.[2] Satu bahagian utama, terutamanya di Britain, adalah antara penyokong hak suara yang berusaha untuk mencipta perubahan mengikut perlembagaan, dan penyokong hak mengundi, yang diketuai oleh aktivis politik Inggeris Emmeline Pankhurst, yang pada tahun 1903 membentuk Kesatuan Sosial dan Politik Wanita yang lebih militan.[3] Pankhurst tidak akan berpuas hati dengan apa-apa selain tindakan terhadap persoalan pemberian hak mengundi wanita, dengan "perbuatan, bukan kata-kata" yang merupakan moto pertubuhan.[4][5]

Elizabeth Cady Stanton dan Lucretia Mott ialah dua wanita pertama di Amerika Syarikat yang menganjurkan konvensyen hak wanita pada Julai 1848. Susan B. Anthony kemudiannya menyertai pergerakan itu dan membantu membentuk Persatuan Hak Mengundi Wanita Kebangsaan (NWSA) pada Mei 1869. Matlamat mereka adalah untuk menukar Pindaan ke-15 Perlembagaan Amerika Syarikat kerana ia tidak menyebut atau memasukkan wanita, yang menyebabkan NWSA menyanggahnya. Pada masa yang sama, terdapat juga sekumpulan wanita lain yang menyokong pindaan ke-15 dan mereka menamakan diri mereka Persatuan Hak Mengundi Wanita Amerika (AWSA). Persatuan ini diasaskan oleh Lucy Stone, Julia Ward Howe dan Thomas Wentworth Higginson, yang lebih tertumpu pada mendapatkan capaian di peringkat tempatan.[6] Kedua-dua pertubuhan tersebut bersatu dan menamakan diri mereka sebagai Persatuan Hak Mengundi Wanita Amerika Kebangsaan (NAWSA).[6]

Di seluruh dunia, Kesatuan Kesederhanaan Kristian Wanita (WCTU), yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 1873 berkempen untuk hak mengudni wanita, di samping memperbaiki keadaan pelacur.[7][8] Di bawah pimpinan Frances Willard, "WCTU menjadi pertubuhan wanita terbesar pada zamannya dan kini merupakan organisasi wanita yang berterusan tertua di Amerika Syarikat."[9]

  1. ^ Sneider, Allison (2010). "The New Suffrage History: Voting Rights in International Perspective". History Compass (dalam bahasa Inggeris). 8 (7): 692–703. doi:10.1111/j.1478-0542.2010.00689.x. ISSN 1478-0542.
  2. ^ Dubois, Dumneil 2012, p. 474.
  3. ^ Pugh, Frances (14 Julai 2008). "The real Mrs Pankhurst" (dalam bahasa Inggeris). Newstatesman.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Ogos 2008. Dicapai pada 8 Januari 2011.
  4. ^ Maroula Joannou, June Purvis (1998) The women's suffrage movement: new feminist perspectives Diarkibkan 28 Mei 2016 di Wayback Machine, p. 157. Manchester University Press, 1998.
  5. ^ Van Wingerden, Sophia A. (1999) The women's suffrage movement in Britain, 1866–1928. Palgrave. Ch 1. ISBN 9780312218539.
  6. ^ a b "Woman Suffrage and the 19th Amendment". Arkib Negara. 15 Ogos 2016. Dicapai pada 28 Mac 2022.
  7. ^ Marion, Nancy E.; Oliver, Willard M. (2014). Drugs in American Society: An Encyclopedia of History, Politics, Culture, and the Law (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 963. ISBN 978-1-61069-596-1. LCCN 2014017383. OCLC 881440055. OL 31023540M.
  8. ^ Blocker, Jack S.; Fahey, David M.; Tyrrell, Ian R. (2003). Alcohol and Temperance in Modern History: An International Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. ISBN 978-1-57607-833-4. OCLC 436851206. OL 8746894M.
  9. ^ Burlingame, Dwight (2004). Philanthropy in America: A Comprehensive Historical Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 511. ISBN 978-1-57607-860-0. LCCN 2004013557. OCLC 55665302. OL 3293714M.