Hak terhadap harta di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hak terhadap harta atau lebih dikenali sebagai "rights to property" bermaksud kuasa yang ada pada individu terhadap sesebuah harta. Secara umumnya, ia merupakan satu hak asasi manusia yang mempunyai pelbagai spekulasi dan permasalahaan yang timbul.

Di Malaysia, undang-undang tertinggi yang menjadi sumber rujukan utama adalah Perlembagaan Persekutuan. Menurut Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu. Hal ini membuktikan bahawa ia menjadi sumber rujukan unggul kepada seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, perlembagaan ini mempunyai 15 Bahagian dan 183 Perkara yang lengkap berkaitan pentadbiran, pemerintahan dan peruntukan-peruntukan lengkap untuk negara. Tambahan lagi, ak ini diiktiraf dalam Perkara 17 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat namun ia tidak diiktiraf dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik dan juga Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Ssosial dan Kebudayaan.

Menurut Perlembagaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Hak Terhadap Harta boleh dirujuk pada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13 Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2). Perkara 13(1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang manakala Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Hak ini terletak di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat banyak initipati dan tafsiran terhadap hak ini. Peruntukan dibawah Perkara 13 ini banyak membantu dan menjadi sumber rujukan kepada individu yang menghadapi sebarang masalah berkaitan harta. Di Malaysia, secara amnya, terbahagi kepada 2 bahagian iaitu dari sudut sivil dan juga syariah. Harta yang terkandung dibawah undang-undang syariah adalah seperti harta pusaka, wakaf dan sebagainya. Bukan itu sahaja, dari sudut Islam, terdapat peruntukan dan prosedur tersendiri untuk dilaksanakan dan dilalui untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang berlaku berkaitan harta ini.

Dari sudut pandangan sivil, satu interpretasi dan tafsiran [1] di mana dengan lebih jelas lagi menerangkan berkaitan permasalahan yang timbul serta penggunaan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini amatlah penting dan dikaitkan dengan kebebasan asasi.

Menurut Perkara 13[2]:

Fasal 1: Tiada seorang pon boleh dilucutkan hartanya kecuali undang-undang

Apa yang dapat ditafsirkan melalui peruntukan di atas ialah harta seseorang boleh dilucutkan hak miliknya melalui sesuatu undang-undang yang ada pada masa itu.

Fasal 2: Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.

Hal ini membawa maksud bahawa harta seseorang itu boleh diambil dengan pampasan yang memandai.

Kesimpulannya, peruntukan ini dengan jelas menunjukkan bahawa harta seseorang boleh diambil atas dasar undang-undang dan melalui bayaran pampasan. Apa yang jelas di sini ialah tiada kebebasan harta mutlak yang diberikan kepada seseorang itu kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri meletakkan pengecualian kepada kebebasan hak terhadap harta individu.

Justeru, tidak hairanlah begitu banyak Akta yang diwujudkan sesuai dengan Perkara 13 antaranya ialah Akta Pengambilan Tanah 1960 yang jelas membenarkan pengambilan tanah individu dengan alasan untuk pembangunan ekonomi oleh Pihak Berkuasa Negeri.[3]

Berdasarkan Seksyen 3 Akta Pengambilan Tanah 1960 menyatakan bahawa tanah boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) jika ia dikehendaki untuk tiga tujuan:

(a) untuk sesuatu kemudahan awam; (b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat PBN adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau (c) untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut.

Asalnya seksyen 3(b) APT menyatakan bahawa PBN mempunyai kuasa untuk mengambil tanah seseorang dengan tujuan untuk menjalankan kerja yang pada pendapat PBN untuk kemudahan awam, pembangunan ekonomi, perlombongan atau kediaman, pertanian,perdagangan, industri atau rekreasi. Kemudahan dalam konteks ini membawa maksud seperti sekolah, masjid, hospital dan sebagainya.

Untuk pemahaman yang lebih jelas dapat dilihat berdasarkan kes Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) v Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor [4]di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:

Adalah jelas bahawa PBN boleh mengambil tanah bagi dirinya sendiri untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah seksyen 3(a) dan (c) dan boleh mengambil tanah bagi pihak yang lain di bawah seksyen 3(b). Sebelum pindaan dibuat dalam tahun 1991, PBN hanya boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan yang menjalankan suatu kerja yang dalam pendapat mereka adalah untuk kemudahan awam di bawah seksyen 3 (b). Walau bagaimanapun, dari 13 September 1991, PBN boleh mengambil tanah untuk seseorang atau sesebuah perbadanan bagi apa-apa tujuan yang dalam pendapat mereka adalah bermanfaat terhadap pembangunan ekonomi Malaysia atau apa-apa bahagian daripadanya atau kepada orang awam secara am, ataupun apa-apa kelas orang awam.

Melalui kes ini jelaslah bahawa tiada istilah penguasaan mutlak kepada individu terhadap tanah mereka kerana hak mereka boleh diambil dalam erti kata pembangunan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perkara ini dengan jelas menidakkan hak terhadap harta individu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Komen dari Abdul Aziz Bari & Farid Sufian Shuaib, Perlembagaan Malaysia; Teks dan Ulasan, Edisi ke-3, 2009 , Dewan Bahasa dan Pustaka."
  2. ^ Perlembagaan Persekutuan
  3. ^ Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi:Isu dan Penyelesaian(2011)15 JUUM 135-148
  4. ^ Menteri Besar Negeri Sembilan(Pemerbadanan) v. Pentadbir Tanah Daerah Seremban & Anor [1995] 3 MLJ 710