Haka
Haka [ha-ka] ialah suatu perilaku mengacah khas yang dilakukan orang Māori[1] dengan pergerakan yang rancak dan hentakan kaki yang kuat berirama panggilan khusus. Ia dahulunya dilakukan pahlawan-pahlawan lelaki sebelum berperang sesama puak, namun ia kini lebih dilakukan kedua-dua kaum lelaki dan wanita[2] untuk tujuan dan kegiatan lain[3][4] seperti menyambut tetamu (pōwhiri) atau majlis pengebumian.
Tarian ini lebih dikenali melalui pengamalannya oleh Pasukan ragbi kebangsaan New Zealand ("All Blacks") sejak 1905,[5] terutamanya pasukan peribumi (New Zealand Native) yang membuat penjelajahan mereka se-New Zealand serta ke Britain, Ireland, Australia antara tahun-tahun 1888 dan 1889. Tarian ini turut dipersembahkan secara kecilan di sekolah-sekolah di New Zealand, di mana ia dipanggil kapa haka;[6] persembahan sebegini sering diiringi nyanyian koir dan penggunaan alat (misalnya poi) atau senjata (taiaha misalnya) tertentu.
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
![]() | Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (Januari 2019) |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jackson & Hokowhitu 2002, m/s. 70.
- ^ Haka is also the plural form in Māori Diarkibkan 20 Julai 2011 di Wayback Machine
- ^ "Haka, Maori dance". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 26 April 2017.
- ^ Simon 2015.
- ^ Hunt 2015.
- ^ "Kapa haka in mainstream schools – Affirming Māori students as Māori". SchoolNews – New Zealand (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Jun 2018.
- Jackson, Steven J.; Hokowhitu, Brendan (2002). "Sport, Tribes, and Technology". Journal of Sport and Social Issues. 26 (2): 125–139. doi:10.1177/0193723502262002.
- Hunt, Tom (19 September 2015). "Flashback: The All Blacks perform haka for the first time". The Dominion Post. Dicapai pada 4 May 2017 – melalui Stuff.co.nz.
- Simon, Hemopereki (2015). "Me Haka I te Haka a Tānerore?: Māori 'Post-War' Culture and the Place of Haka in Commemoration at Gallipoli". Australasian Canadian Studies. 32:1.