Pergi ke kandungan

Hakimi Hamzi Mohd Hayat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Tuan
Hakimi Hamzi Mohd Hayat
ADN
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Titi Serong
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului oleh Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim
Majoriti5,274 (PRU-15)
Maklumat peribadi
Lahir
Hakimi Hamzi bin Mohd. Hayat

Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Tempat belajarUniversiti Sultan Azlan Shah (BA)
PekerjaanAhli politik

YB Tuan Hakimi Hamzi Mohd Hayat ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Titi Serong.[1] Di peringkat akar umbi, beliau adalah merupakan Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Parit Buntar dan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar.[2]

PENDIDIKAN

Hakimi mendapat pendidikan awal di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN, Malim Nawar, Perak.[3]

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Yaman dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Universiti Sains dan Teknologi, Sana'a.[4]

Seterusnya beliau memperoleh Diploma Dakwah dan Usuluddin daripada Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Indonesia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Penyiaran Islam daripada Universiti Islam Negeri Raden Fatah, Palembang. [5]

PENGLIBATAN ORGANISASI

Semasa di institusi pengajian tinggi, Hakimi aktif dalam kepimpinan mahasiswa. Beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Ikatan Mahasiswa Raden Fatah Palembang dan Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad.[6]

Beliau turut terlibat dalam pelbagai organisasi belia dan kemasyarakatan termasuk sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar dan Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional Kawasan Parit Buntar. [7]

KERJAYA POLITIK

Hakimi aktif dalam politik melalui Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar pada tahun 2018 - 2020 Dan seterusnya memegang amanah jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Parit Buntar sehingga kini. [8]

Dalam Pilihan Raya Negeri Perak 2022, beliau bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Titi Serong atas tiket Perikatan Nasional. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 13,565 undi dan majoriti 5,274 undi. [9]

Sejak dipilih sebagai ADN Titi Serong, beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat bagi kawasan tersebut di Dewan Negeri Perak. [10]

  1. ↑ PRU15 Titi Serong
  2. ↑ Calon PRU Hakimi Hamzi
  3. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  4. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  5. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  6. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  7. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  8. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  9. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.
  10. ↑ "Senarai ADN – Portal Rasmi Dewan Negeri Perak". dewan.perak.gov.my. Dicapai pada 2026-06-13.