Hal ehwal pelajar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang pendidikan, Hal Ehwal Pelajar (HEP), juga dikenali: Hal Ehwal Murid (HEM) merupakan salah satu jabatan, bahagian ataupun unit yang biasanya boleh didapati di banyak pusat pengajian, sekolah, pusat tuisyen, kolej mahupun universiti. HEP biasanya bertanggung jawab bagi tugasan-tugasan berkaitan hal ehwal pelajar, disiplin dan pembentukan etika pelajar luar kuliah akademik. Berikut adalah antara bidang tugasan umum HEP:-

  • Disiplin (termasuk mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar bermasalah, termasuk mereka yang terlibat dalam kes rokok, buli, gengsterisme, pencerobohan kawasan larangan bagi maksud salah laku disiplin yang biasanya dilakukan di sekolah dan diwartakan oleh pihak sekolah serta tidur dalam kelas)
  • Badan pengawas
  • Majlis perwakilan pelajar
  • Pengambilan pelajar
  • Pendaftaran pelajar
  • Bimbingan dan kaunseling
  • Jawatan kuasa 3 K (Kebersihan, kesihatan, dan keselamatan - Program sekolah selamat)
  • Bina insan, surau dan dakwah
  • Skim bantuan buku teks
  • Pemantauan kantin dan perkhidmatan makanan
  • Majalah dan makalah
  • Program bersepadu sekolah dan institusi sihat
  • Tabung kebajikan pelajar
  • Bahagian kebajikan dan pengurusan bantuan bagi urusan (pinjaman dan biasiswa pelajaran)
  • Penyediaan surat akuan dan pengesahan pelajar
  • Lawatan perladangan
  • Perhimpunan
  • Skim perlindungan insurans dan takaful
  • Pendidikan pencegahan dadah
  • Program sekolah bebas denggi dan penyakit berjangkit
  • Pengurusan asrama dan unit kediaman
  • Program kecemerlangan asrama
  • Kelas Al-Quran dan Fardu Ain
  • Kelas bimbingan moral
  • Bimbingan jati diri dan modal insan
  • Koperasi dan keusahawanan
  • Pengurusan pusat kokurikulum, persatuan, kelab dan sukan