Halalkan Hati Yang Ku Curi (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Halalkan Hati Yang Ku Curi
Umum
PengarangMia Kiff
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik, keluarga
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
September 2017
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman772
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672102083

Halalkan Hati Yang Ku Curi ialah novel 2017 oleh penulis novel Malaysia, Mia Kiff. Novel ini diterbitkan pada September 2017 oleh Penulisan 2U. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Faiq dan Delisha, pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup.

“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Halalkan Hati Yang Ku Curi dikeluarkan pada September 2017 oleh Penulisan 2U. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Akasia bermula 23 Mei di TV3, dibintangi oleh Aliff Aziz dan Farah Nabilah.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Halalkan Hati Yang Ku Curi by Mia Kiff". Goodreads. Dicapai pada 27 Februari 2019.
  2. ^ Michelle Gun (21 Mei 2018). Kisah beri keinsafan Harian Metro. Dicapai pada 28 Mei 2018
  3. ^ "Drama Halalkan Hati Yang Ku Curi (TV3)". My Infotaip. 22 Mei 2018. Dicapai pada 23 Mei 2018.