Half-Life (permainan video)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Half-Life
PembangunValve Software
PenerbitSierra Studios
Electronic Arts
PenulisMarc Laidlaw
KomposerKelly Bailey
SiriHalf-Life (siri)
EnjinGoldSrc
PelantarMicrosoft Windows
PlayStation 2
Dreamcast
KeluaranMicrosoft Windows:
November 19, 1998[1]
PlayStation 2:
November 14, 2001[2]
GenrePenembak orang-pertama
ModPemain tunggal, Pemain beganda

Half-Life adalah permainan video penembak orang-pertama fiksyen sains dibangunkan oleh Valve Software dan produk syarikat tersebut yang pertama. Permainan video ini diterbitkan oleh Sierra Studios pada 19 November, 1998. Permainan video ini yang juga dikeluarkan untuk platform PlayStation 2 pada 14 November 2001 bersama sama dengan satu siri pengembangan iaitu Half Life: Decay.[2] Valve, ditubuhkan oleh pekerja-pekerja Microsoft sebelumnya, mempunyai kesusahan mencari penerbit, dengan banyak mempercayai bahawa permainan video mereka "terlalu bercita cita tinggi". Sierra On-Line akhirnya menandatangani permainan video tersebut dalam membuat satu permainan aksi 3D. Permainan ini telah muncul untuk tatapan umum di Electronic Entertainment Expo 1997. Direkakan untuk Microsoft Windows, permainan ini menggunakan versi enjin Quake, dipanggil GoldSrc.[1][3]

Di Half-Life, pemain mengambil peranan Dr. Gordon Freeman, ahli fizik teoretik yang mesti bertempur jalannya keluar dari tempat penyelidikan kerana huru hara akibat eksperimen teknologi teleportasi yang tidak berjalan seperti yang dirancang.

Dalam keluarannya, pengkritik memuji penunjukannya dan "scripted sequence"nya, dan ia memenangi sebanyak 51 anugerah PC Game of the Year.[4][5] Gaya mainnya mempengaruhi permainan-permainan video penembak orang-pertama lain untuk tahun-tahun kemudian, dan sejak ia menjadi permainan yang lebih popular.[6] Selepas 16 November 2004, Half-Life yang dijual lapan juta salinan.[7] Selepas 14 Julai 2006, francais Half-Life yang dijual lebih daripada 20 juta unit.[8] Dalam perayaan sempena hari jadi permainan, Valve menurunkan harga Half-Life ke A.S. $0.98 pada 19 November 2008 selama tiga hari.[9]

Plot[sunting | sunting sumber]

Sekitar era 2000-an, Gordon Freeman yang merupakan seorang ahli fizik teoritik lambat tiba di sebuah pusat penyelidikan di New Texas, Amerika Syarikat iaitu Pusat Penyelidikan Black Mesa untuk bekerja. Beliau memakai sut makmal Persekitaran Berbahaya (HEV) untuk menjalankan eksperimen di makmal Bahan Anomali di pusat tersebut. Apabila dia menolak bahan berupa batu kristal luar biasa tersebut ke dalam spektrometer anti-massa untuk analisis, spektrometer meletup, mewujudkan "lekapan resonans" yang membuka portal ke dimensi lain, iaitu Xen.

Gordon melarikan diri dari makmal yang telah dimusnahkan. Kakitangan pusat penyelidikan tersebut yang terselamat memberitahunya bahawa komunikasi dengan dunia luar telah dipotong dan mendesaknya untuk menuju ke permukaan. Gordon bertarung nyawa di Black Mesa, mempertahankan dirinya daripada makhluk Xen yang bermusuhan (seperti Bullsquid, Vortigaunt, Houndeye, Barnacle dan parasit Headcrab), zombi bawah kawalan parasit Headcrab, serta tentera Marin A.S. yang dihantar oleh kerajaan untuk merahsiakan kejadian itu.

Ketika dia di permukaan, Gordon mengetahui bahawa saintis-saintis dari Kompleks Lambda mungkin telah menemukan jalan untuk menutup portal tersebut. Gordon pergi ke bahagian-bahagian lain di pusat tersebut untuk membantu mereka. Sepanjang perjalanannya, dia mengaktifkan makmal ujian enjin roket untuk menghancurkan makhluk raksasa sesungut gergasi iaitu Tentacle, membunuh makhluk biru gergasi Gargantua dan menggunakan sistem kereta api yang tidak digunakan untuk tiba di makmal roket satelit dan melancarkan roket satelit tersebut. Selepas dia ditangkap oleh marin dan dibiarkan mati dalam tempat buang sampah, dia sedar dan menyelamatkan diri lalu pergi ke bahagian lama pusat penyelidikan itu, di mana dia mendapati spesimen Xen yang telah dikumpulkan sebelum kejadian lekapan resonans.

Diancam teruk oleh makhluk asing, ramai anggota tentera marin berundur dari Black Mesa dan memulakan serangan udara. Melalui tebing, merancang perjalanan melalui bangunan-bangunan yang dimusnahkan, dan menggunakan saluran air bawah tanah serta menentang tentera marin A.S, anggota Black Ops dan makhluk asing yang mengganas, akhirnya Gordon tiba di Kompleks Lambda, di mana saintis-saintis telah membangunkan teknologi teleportasi yang membolehkan perjalanan ke Xen. Kakitangan-kakitangan yang lain memberitahu Gordon bahawa satelit gagal untuk membalikkan kesan lekapan resonans tersebut kerana terdapat makhluk yang sangat kuat di Xen yang menahan portal itu supaya tetap terbuka. Para saintis mengaktifkan mesin teleporter untuk menghantar Gordon ke Xen agar Gordon dapat memusnahkan makhluk kuat tersebut dan menutup portal dari Xen.

Di Xen, Gordon bertemu mayat-mayat penyelidik yang pernah ke Xen sebelum ini. Di Xen juga, dia bertemu Gonarch, makhluk lelabah besar yang bertelur menghasilkan anak Headcrab. Di sebuah kilang makhluk asing Xen yang menghasilkan tentera mereka iaitu Alien Grunt, Gordon memasuki portal gergasi yang menghantarnya ke sebuah gua yang luas. Di sana, dia menghadapi Nihilanth, makhluk gergasi yang mempertahankan portal agar terus terbuka. Gordon menentang makhluk tersebut dan membunuhnya. Gordon kemudiannya terbangun akan kehadiran G-Man yang misterius, yang telah menyaksikan perkembangannya senyap-senyap dan memuji prestasinya. G-Man menjelaskan bahawa "majikan"nya ingin menggunakan Gordon. Sekiranya dia menerima, G-Man mengucapkan tahniah kepadanya dan meletakkannya ke keadaan stasis. Sekiranya dia enggan, dia diteleportasikan ke kawasan yang penuh dengan tentera Xen dan mungkin dibunuh.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Half-Life at Steam". Steam. Dicapai 2006-09-03. 
  2. ^ a b "Half-Life". IGN. Dicapai 2008-10-23. 
  3. ^ "The Final Hours of Half-Life: Behind Closed Doors at Valve Software". GameSpot. Dicapai 2006-09-03. 
  4. ^ "About Valve". Valve Corporation. Dicapai 2008-02-28. 
  5. ^ "Awards and Honors". Valve Corporation. Dicapai 2005-11-14. 
  6. ^ "The Gamasutra Quantum Leap Awards: First-Person Shooters". Gamasutra. Dicapai 2006-09-03. 
  7. ^ Mike Musgrove (2004-11-16). "Half-Life 2's Real Battle". Washington Post. Dicapai 2008-02-28. 
  8. ^ "Half-Life is 10 Today" (Siaran akhbar). Valve. 2006-07-14. Dicapai 2008-02-28. 
  9. ^ "Half-Life on Steam". Store.steampowered.com. Dicapai 2008-12-12. 
  10. ^ [1]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]